Siapapun yang suka hidangan makanan laut dan tinggal di sekitar lembah klang mesti pernah dengar nama Shell Out.



Yang saya pergi ni branch Kota Damansara. Dekat dengan Sunway Giza Mall. Konsep dia mungkin boleh main conteng segala permukaan restoran yang ada, bagus untuk kanak-kanak.






Disebabkan menu dia sedikit pening dan masing-masing dah kelaparan, order combo set jelah senang semua ada.


Combo A for 2 to 3 pax - RM189.90

Crab L Size (1pc)
Prawn (10pcs)
Lala (500g)
Sweet Potato Fries (1set)
Brocolli (half)
Corn (2pcs)
Potato (1set)
Rice (2bowls)

Untuk sauce pula, ada banyak jenis dan kitorang pilih signature mereka, Shell Bang (Lemon Pepper + Butter Garlic).

Tahap kepedasan pula ada pilihan Mild, Medium, OMG. Mula-mula nak minta Mild je sebab tak berapa makan pedas and lapar kot takde masa nak layan kepedasan melampau. Then according to the waiter, Medium tu sikit je pedas. Okay lah yang tu jelah.

Medium ni pun sebenarnya biasa-biasa je dengan tekak orang malaysia yang biasa dengan rempah. Tak pedas apa pun. Kalau yang jenis makan pedas mesti takde hal la conquer yang OMG tu.


Bib yang disediakan boleh jugak dijadikan alat untuk merapatkan ukhwah sesama kita


We knew masing-masing memang tak boleh harap bab nak habiskan makanan jadi decided untuk tak pesan hidangan sampingan tambahan.




Bila makanan sampai, perangai tamak dalam diri terus cakap ni sikit sangat ni mana cukup untuk tiga orang. Seriously ini je ke?! Nasib baik cepat-cepat berpikiran waras and said, let just eat first we could totally tambah later.

And guess what?! Mestilah yang sedia ada pun jenuh untuk dihabiskan, banyak rupanya. Mula la rasa bersyukur buat keputusan tak ikut nafsu semata.

Rasa dia sedap ala-ala masak sambal. Saya tak berapa pandai mengukur tahap kesegaran segala makan laut tapi takde la rasa macam yang dah simpan berminggu. Tak ada bau hanyir laut, semuanya disediakan dan dimasak dengan elok.




Sekarang banyak pulak restaurant yang menawarkan hidangan seafood ala shell out ni. I'm so gonna plan to taste other restaurant version of "shell out" and compare. Bagi saya, kalau ada pilihan makanan laut yang lagi murah dah dapat rasa yang lebih kurang sama. Why you need to go here kan?




Location

16-1 Jalan Pju 5/15,
Dataran Sunway, Kota Damansara
47810 Damansara, Selangor

Everyday : 11:30 - 22:00

http://www.shellout.com.my/

Selain kat sini mereka juga ada branch di Setia Alam dan Desa Pandan. Oh ada juga perkhidmatan penghantaran di sekitar lembah klang.