cett. asal semua orang wish happy holiday macam cuti sekolah sebulan. padahal esok je cuti sempena hari wesak. hari isnin kena datang sekolah lagi ye kawan-kawan! next friday baru lah boleh semangat nak wish happy holiday kat semua orang sebab lepas tu dah start cuti sekolah dua minggu.

cikgu pun termasuk sama, saje suruh hantar semua buku next week lepas tu dah siapkan 1 set soalan kerja masa cuti. padahal dah plan cuti sekolah dua minggu tu lah masa nak update buku-buku latihan yang tak siap tu semua. homework yang lepas-lepas tu pun tak siap lagi cikgu dah tambah yang baru. haishh.

tak pasal-pasal weekend yang 'panjang' ni hanya boleh dimanfaaatkan untuk siapkan homework je. kalau tak kompom hari isnin nanti tak boleh nak hantar and mulalah start keje-keje meniru. eh,tu bukan selalu dibuat ke??? saya baru ingat nak merewang tengok wayang tapi nampaknya perlu ditunda sampai next-next week.

and, ada sesetengah subjek yang dah tau result for mid year exam dan ketahuilah yang result saya kali ini sungguh teruk. tak tau macam mana nak bagi tahu mama and ayah. kalau diorang tau mesti kena bersoal jawab dengan mereka. kalau jawapan tak menepati piawaian yang ditetapkan, alamatnya kena lah dengar senandung-senandung bebelan daripada mereka. -_-