personal
Oh blog,
Monday, November 29, 2010
Asal cuti je blog mesti dilupakan dan terbiar. Mesti rasa malas sangat nak menaip membebel ntahpape. Tapi yang peliknya time exam mesti setiap hari ada new entry. Sampai sekarang tak faham dengan diri sendiri. -_-'
Pagi tadi dalam pukul 6.30pagi baru sampai rumah. Dari mana?? Hah, cerita tentang tu hold dulu for the next entry. Tapi as usual tak tau la bila. hehehe.
Hari ni dah isnin. Maknanya dah hampir dua minggu cuti sekolah mula dan selama tu jugaklah beg sekolah, buku semua terletak terbiar kat atas meja tanpa disentuh. Sampai berhabuk-habuk segala. Badan juga dah semakin gemok dek asyik duduk ngadap laptop tak bergerak-gerak dalam bilik tiap hari. Kepala pun dah bengong sebab masa tidur yang sangat tak tentu, kejap sangat awal kejap sangat lambat. Haishh, bila dah jadi gini mula lah fikir yang pergi sekolah tu berkali-kali ganda faedahnya daripada duk melangut kat rumah.
Ok bye, cuaca petang ni dah buat saya rasa nak selubung bawah selimut balik. :D

gila-gila remaja
sekolah
Olla!
Thursday, November 11, 2010
Quick update!
- Busy dengan folio biology yang mesti dihantar pada next monday.
- Akhirnya tadi buku SPBT telah selamat dihantar kepada guru tingkatan tapi sedikit terseksa memikirkan macam mana nak buat holiday homework kalau tak de text book.
- Sudah dapat holiday homework bm, bi, math, sejarah, agama, chemistry, physic, addmath. Ok, semua holiday homework sudah selamat di tangan. Tinggal tunggu waktu nak siapkan je. Ntah bila la tu..
- Jamuan kelas hari ni memang meriah and best. Banyak sangat gelak sampai sakit tekak. Perut memang penuh-sepenuh-penuhnya lah kan. Dengan senang hati merayau keliling sekolah masuk kelas ke kelas ambik makanan buat macam kelas sendiri. Hebat!
- Dah confirm yang next monday will be the last day of school for sesi 2010. Maknanya hari selasa dah start cuti. Tapi f3 dapat cuti awal. Esok dorang punya last day. F5 pulak dapat study leave next week. F1, F2, F4, F6(lower) je yang akan datang sekolah hari isnin. Mesti tak banyak orang datang.
P.S. in love dengan lagu beautiful by B2ST
personal
bosan..
Monday, November 8, 2010
Esok sekolah bukak balik lepas beberapa hari tutup semperna cuti deepavali. Sekarang ni hanya mampu menikmati sisa-sisa cuti yang tinggal beberapa jam. Lepas tu baru lah kembali ke buku dan homework.
Cuti kali ni memang 99.9% dihabiskan di rumah. Tak de keluar pergi mana-mana langsung. Nak hangout dengan kawan, tak de duit. Bila nak ajak mama ayah keluar, muka diorang pun susah nak tengok. Busy memanjang. At the end nasib baik boleh jugak survive dengan tengok drama, dengar lagu, online and blablabla yang sewaktu dengannya.
P.S. cuaca mendung sejuk buat orang nak baring atas katil bawah selimut tak nak bangun-bangun.
exam
personal
sekolah
bulan sebelas
Monday, November 1, 2010
Hari ni 1 November 2010. Lagi dua bulan sudah tahun baru. Lagi satu tahun amik peperiksaan SPM. Lagi tiga minggu cuti sekolah bermula. Lagi beberapa hari sambutan deepavali. Lagi beberapa jam buku SPBT akan dipulangkan. Oh, dan lagi beberapa jam tu pun kalau rajin baru buat homework yang cikgu bagi last week. Hrrmmm.. lagi????
Tadi pergi sekolah my so-called-uncle yang hantar. Mama and ayah outstation dari sabtu sampai sekarang tak balik lagi. Nasib baik tadi ada orang yang hantar pergi sekolah, saya lagi rela tak datang sekolah daripada kena naik bas. Gedik kan! Tapi nak buat macam mana, kalau naik bas awam pagi-pagi mesti sampai lambat. Dah la lambat, penat pulak tu kena jalan jauh. Then kena bangun awal, berasak-asak dalam bas. Semua benda tu boleh buatkan mood berubah 360 darjah dari bersemangat ke rasa nak memaki hamun sesiapa saja yang membuat lawak yang langsung tak kelakar.
And semua result untuk final exam last last week dah selamat dalam tangan. Alhamdulillah exam kali ni tak de gagal apa-apa. Tapi yang buat rasa tergugat bila deskmate di sebelah dapat A for every subject. Tak pe, bagus jugak dapat deskmate yang pandai, boleh buat pembakar semangat. Memang tipu la kalau kata ok je all the time, kadang-kadang rasa kurang pandai jugak. But for me buat apa lah fikir benda negetif yang boleh merosakkan fikiran, baik fikir future. Benda dah lepas tetap lepas. Buat macam mana pun bukan boleh ulang balik. Buat apa la nak sesakkan kepala fikir benda remeh-temeh tak penting tu.
Apa-apa pun, bak kat ustazah, tepuk dada tanya selera. Mana satu yang kita nak pilih. Semuanya terpulang kepada diri sendiri. Seberapa besar pun pengaruh orang lain, final decision kita yang tentukan. Orang kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Subscribe to:
Posts (Atom)