3/11/2017

Boots Untuk Fesyen Moden




Walaupun kita boleh nampak boot styles dah semakin popular tapi mesti ada yang tertanya, macam mana nak sesuaikan gaya boots kat Malaysia yang panas ni kan? Boots ni flexible untuk digayakan dengan seluar atau skirt buatkan dia menjadi pilihan ramai.



Ankle Boots

Kalau cerita pasal boots je benda pertama terlintas di fikiran orang normally mesti ankle boots. Design klasik boot yang tinggi sampai ke buku lali ini buatkan dia lebih mudah dipakai dan tak terlalu panas untuk cuaca di Malaysia. Kalau yang tinggi sedikit dari buku lali pun takpe senang sikit untuk para Muslimah nak gayakan boot dengan lebih sopan.


Flat Boots

Untuk orang yang tak berapa selesa atau kurang yakin nak guna kasut bertumit, boots jenis tapak rendah ni la yang paling versatil dan mudah untuk digunakan. Boots tapak rendah ni lagi selesa untuk dipakai hari-hari buat aktiviti apa pun tanpa perlu pikir pasal sakit kaki atau keletihan atau melecet. Untuk kegunaan harian, pilihlah warna natural seperti hitam atau coklat supaya senang dipadankan dengan pakaian anda.


High Heel Boots

Bagi yang jenis suka kasut tumit tinggi, memang banyak design boots tumit tinggi kat pasaran sekarang. High heel boots ni boleh buat seseorang nampak lebih edgy. Kalau tak berapa biasa pakai kasut tumit tinggi, boleh pilih untuk pakai boot tumit tinggi pada masa tertentu je. Contohnya, bila ada acara atau majlis penting dan anda memerlukan lebih gaya fesyen. Selain dari itu, terpulanglah kepada cita rasa masing-masing. Kalau dah selesa pakai yang bertumit tinggi, why not?

 Adakah anda meminati gaya kasut boot?



4 comments:

  1. boots yang saya pakai... winter boots je hehe senang nak jalan atas salji. Kurang basah banding kasut lain :D

    ReplyDelete
  2. cantiknya! Mai belum pernah ada boots lagi, maybe next time boleh cuba. Masukkan dalam wishlist raya lah kalau camni,haha.

    http://missobsesi.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. wahh kalau duduk negara bermusim pakaian pun kena tukar 3 bulan sekali ya? :D

    ReplyDelete
  4. hmm baru kurung with heel boots macam cool je hehe 😄

    ReplyDelete

Copyright © 2016 l a d y ' s , Blogger