Assalamualaikum, hi!



Alhamdulillah syukur sangat my application dah pun diluluskan. Now i'm officially selesai urusan bersama PTPTN. Super blessed to have the opportunity to score well in my degree despite segala perangai pemalas and suka bertangguh nak siapkan kerja. Alhamdulillah couldn't ask for more.

This is for semua student-student perform yang graduate with 1st class degree honour semasa dalam pengajian sarjana muda/undergraduate/bachelor degree. So sorry for diploma and master student, this is not applicable for you guys.

When you're manage to graduate with 1st class degree, awak automatic layak untuk dapat pengecualian pembayaran for your pinjaman PTPTN. Kira pinjaman ubah jadi biasiswa la. So cepat-cepat la apply for it as permohonan ni only valid selama setahun selepas hari graduasi anda.

Cara permohonan dia pun senang je. Dapatkan BORANG pengecualian bayaran balik, isi dan hantar sekali dengan segala dokumen yang diminta, salinan yang telah disahkan.
  1. Salinan Transkrip Peperiksaan
  2. Salinan Ijazah Kelas pertama. Pastikan perkataan KELAS PERTAMA dicatatkan pada Ijazah dan/atau Surat Pengesahan Kelas Pertama daripada Bahagian Akademik IPT jika tidak tercatat perkataan KELAS PERTAMA pada Ijazah.
  3. Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) jika penerima biaya menuntut di IPTS

Kat my degree cert takde tulis ijazah kelas pertama so i had to request surat dari university. Thank god limkokwing's registry department punya urusan tak lama and quite senang. Hari ni minta esok dah siap. Cakap je nak apply surat for pengecualian ptptn eh dia sediakan segala certified true copy of all the document needed. Mesti dah ramai yang request so they already knew what is needed tak payah all the student keep requesting macam-macam berulang kali. Buat semua orang punya kerja pun senang.

I went straight to menara ptptn untuk hantar borang and all the supporting document since dah dekat kl kan. Senang cepat sikit dia proses. Tapi boleh je hantar ke cawangan PTPTN negeri masing-masing. Waktu hantar tu staff PTPTN tu kata application process dalam masa 90 hari but my application was processed within 2 weeks. And surat sampai rumah lepas sebulan dari tarikh saya submit borang. Memang tak sangka secepat tu.