SOOO BEAST!!!!!




Perhatian kepada semua peminat K-Pop tanahair! Satu lagi kumpulan yang berasal dari Korea akan datang dan akan menemui anda di sini tidak lama lagi. Peminat-peminat Korean Pop sekalian kini pastinya semakin teruja dengan berita sah mengenai kedatangan kumpulan gergasi dari Korea ini, siapa lagi kalau bukan kumpulan BEAST. Kumpulan jejaka tampan dari Korea ini akan mengadakan BEAST Showcase Live In Malaysia 2011 tidak lama lagi.

Penyanyi lelaki berkumpulan dari Korea ini akan menemui peminat dan penggemar muziknya pada 1 Julai 2011 ini bertempat di Sunway Lagoon pada jam 8.30 malam. Jadi kepada anda yang sudah pun mengetahui berita menggembirakan ini, pastiya akan lebih teruja untuk membeli tiket bagi menyaksikan sendiri persembahan mereka bukan?

Anda boleh mendapatkan tiket-tiket dengan harga yang istimewa, dengan harga RM500 VVIP, RM 388 VIP, RM288 PS1 dan RM188 Rock Zone. Kesemua harga tiket ini akan dicaj dengan RM3 sebagai yuran pengendalian. Bilakah anda boleh mendapatkan tiket-tiket ini? Kaunter tiket akan dibuka pada minggu hadapan iaitu pada 14 May<--it's today! akan datang, dan pihak penganjur juga akan mengumumkan siapakan rakan media yang akan menjadi tulang belakang bagi rangkain promosi yang akan dijalankan bagi Konsert BEAST Showcase Live In Malaysia 2011 ini.

sumber : era.fm



APAKAH MAKSUD DI SEBALIK INI SEMUA?????????????????




Sedih. Mungkin tak kan dapat pergi. Duit dah tak de. SPM tambah dekat. T_T


Masuk yang ni dah tiga kali beast datang. First time tu takpelah. Second time dah geram. Third?? Kecewa. Mommy, saya nak pergi! Ottoke??



"Sayang, datang balik lepas SPM k. At that time, confirm i datang jumpa you. Kalau susah sangat, i fly to Seoul terus. Kbye, ilikeyouthebest."