And finally, here we are!!!



Holla!!

Im back!!

Wahhh tetiba rajin nak nyambung cerita ni


Okay jom start.


USS ticket ;

Sebenarnya ada banyak agent jual uss ticket ni kat memana jelah kalo kat Johor tu. Sebelah 7Eleven kat tune hotel tu pun ada syarikat Odyssey yang uruskan tourism sekitar Johor, kat situ pun ada jual. Ada few package yang agent ni semua offer. Harga ticket depends la ye. Ada tuh siap bagi food and souvenir voucher. Beli terus kat pintu masuk USS pun mestilah boleh kan tapi bayar guna SGD la.

Since we are on budget, kitorang cari the very basic package yang ada and this is the best that we could get. Beli from facebook. RM140/person

Rosmanizah Abdul Rahman
ARISSA TRADING(001958108-K)
HP No : 6012-394 9154 (Viber, Whatapps, Tango,Line)
Tel No : 603-8925 9852

Just PM kakak ni "Kak, nak ticket USS!". Insyaallah dia reply and explain the pricing and all. Kalau ada pape kemusykilan regarding ticketing and stuff just shoot her question. :D Nanti dia bagi eticket, kita kena print sendiri the ticket bawak terus pegi uss.


Transport ;

Hah kitorang beli sekali ticket shuttle bas pergi balik tune hotel to uss kat kakak tu. RM30/person. Return ticket, pergi 7.30am balik 7.30pm. Yang ni takde eticket bagai, just tunjuk proof payment kat kaunter Oddsey nanti dia bagi ticket bas and borang imigresen. Kalau beli dari tune hotel dapat murah sikit, RM25. Beli sekali time nak book bilik tuh.




3 September 2013

Lepas dah settle ticket&transport dah boleh proceed with the next plan dengan gembira. Hari baru, kononnya nak bangun pukul 6.30am sebab mesti ada kat bawah by 7.15am tapi.... haroooom.

Mungkin saja nak buat trip ni lagi memorable kot. hahaha

Mungkin penat sangat.

Mungkin lupa nak set alarm.

Mungkin katil Tune Hotel tuh empuk sangat sampai boleh lost in dreamland tak sedar hape.


Okay dah tak tau nak explain cemana tiga-tiga boleh terlajak tidur sampai pukul 8.30 pagi. Tetiba tersedar dah terang semacam. Pelik. We shouldn't still be in our bed bila dah terang camtu. Hahhh time tu baru tersedar "Gosh we're late! Dah tertinggal bas!!". Apa lagi terus kelam-kabut mandi and cepat-cepat bersiap (nasib baik tudung dah gosok before tidur cam tau-tau je pagi tuh akan kelamkabut) sambil pikir cemana ni, habislah segala plan kita. We are ruined.


Turun bawah terus pergi kaunter Odyssey dengan muka kesian mintak tolong kakak kat kaunter tu. They come out with this solution : naik teksi from here (tune hotel) to Kotaraya 2 then naik bus (omgiforgotthebusname) yang pergi straight to USS. That's the easiest and the fastest way to go there. Kan ada banyak je jalan lain tapi since we dah lambat and takmo lah rugi masa tak puas kat USS sana we choose that route. Kira kitorang dah rugi ticket pergi la, nasib baik they said balik boleh naik bus dorang.


We spend ±RM12 for teksi to Kotaraya 2 then ticket bus straight to USS RM5/person.


Benda pertama yang kitorang buat lepas sampai je kat sini, cari tempat makan. We arrived dalam pukul 11 camtu tapi dah kelaparan sebab tak sempat nak sarapan properly, just dapat kunyah roti sikit je dalam bas. Before pergi memang dah survey tanya google bagai pasal makan kat sini, makan kat luar murah sikit. Kitorang makan kat Food Street opposite pintu masuk USS rasanya.








According to kak mira these two kedai je yang halal kat food street ni. Masuk je, jalan sikit dah nampak dua kedai ni bersebelahan.




 Nasi Briyani Ayam ni SGD6.50 (according to menu dalam gambar kat atas). Kata convert to RM menang takde selera terus kita makan. So bak kata kak mira "anggap jelah ni satu enam ringgit setengah je".



Nasi Lemak Ayam ni tak ingat berapa harga dia. Rasanya lebih kurang je dengan nasi briyani tu, around SGD6.50. For me ni lagi sedap dari yang kat atas tu :)



Gambar wajib bila dah sampai USS

















Punya lah excited nak naik roller coster dia yang orang cakap awesome tuh.. sekali dapat tau yang roller coaster tutup for maintenance! huargghhh.. kecewa tak yah cakap la kan..




Nasib baik transformers the ride ada as a pengubat duka. Well, memang ni lah ride yang paling best kat sini.




Wahhh excited tetiba ada elmo and the gang buat performance.





























Tips :



Bawak botol air kosong!! Water dispenser kat USS ni memang berlambak, ada je kat memana. Kalau tadah mulut gitu je kan tak puas, nak-nak lagi lepas habis sakit tekak kau menjerit naik ride yang ngeri-ngeri tu. Dah la Singapore lebih kurang Malaysia je bab cuaca ni, unpredictable. Kang dehydrated dah tak syok nak bergumbira dekat sana.


Ada satu ride ni memang kita akan basah kalau naik. Satu je lah. So baik anda amik precautionary method dengan membeli baju hujan pakai buang warna kuning RM3.50 je kat watson. Kat situ pun ada je jual tapi SGD3 la kannn. Kata budget traveller kena lah bijak cari jalan utk kurangkan cost. Kalau nak basah pun takde hal. Watlek watpeace jelah kan :)





We had a great time! Tapi memang nak kena pergi lagi sebab tak dapat nak merasa naik roller coaster. hehehehe