7/22/2010

main hujan.

after a few weeks tak kena hujan waktu nak balik rumah, hari ni kena lagi. yay! hari ni hujan lebih lebat daripada biasa.*ala hotfm memang basah kuyup-sekuyup-kuyupnya, lenjun habislah. nasib baik buku semuanya selamat.

hari ni ambik kau, hilang kempunan nak main hujan lepas dah sekian lama meninggalkan aktiviti tu. main hujan sangat sesuai menjadi aktiviti beriadah diwaktu petang bersama keluarga dan rakan ya adik-adik! tapi rasa tak puas sebab tak boleh nak melompat terkinja-kinja sebab takut orang pikir 'tak betul ke budak ni terkinja-kinja time hujan lebat macam ni dengan school uniform and beg. kesian.. kecik lagi dah tak betul.' saja je jalan lambat-lambat balik rumah, tapi nasib baik tak de ribut petir. kalau ada memang lari tak cukup tanah la nak cepat sampai rumah. ^_^

esok de paper agama & physic. adoiyai. cuak je nak jawab paper physic. tadi satu hari kat sekolah menghadap soalan physic dah nak pecah otak fikir jawapan even soklan tu sebenarnya bukan susah mana. simple je. lepas dah dapat jawab baru fikir yang ek eleh bukan susah mana pun soklan ni! tadi dah dapat english paper. alhamdulillah dapat A. yelah, paper senang bolehlah nak riak. cuba tengok mid-year exam nyer result. hancurr. and esok maybe cikgu nak pulang balik paper chemistry. mak ai, cuaknyaa!!! tak nak gagal!! tapi malas nak study. nak salahkan sape??? -_-'

eh,eh,eh,eh,eh.... esok comeback SHINee kat music bank kankan.. tak sabarnya!! minho!! *tetibe out of topic

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2017 l a d y ' s , Blogger