12/01/2016

Budget Bajet Trip to Krabi, Thailand Day 3.5


Because our day 3 is not done yet.



Lepas maghrib we plan to go to Krabi Night Market. Souvenir shopping since it was our last night there. Kat area aonang tu ada je kedai tapi according to research on google semua kata kat night market tu barang lagi murah. Hari pertama hari tu ada nampak kat kedai tour sepanjang jalan tu tulis night town THB150 by bus.

Bila kata nak pergi night market now all of them kata bus dah jalan and we should book a day earlier. Sadly we didn't know that ingat boleh la beli je terus. 'How about tomorrow?', hm if kitorang still ada kat Krabi keesokkannya takde la dalam kekecewaan dan dilemma sekarang ni. They suggest naik teksi, pergi balik THB900. Kalau bagi tiga dah THB300 double the original price huargh macam mana ni. Tanya tuk tuk pun dorang kata benda yang sama. For me it is way overprice untuk perjalanan lebih kurang 15 minit ke 20 minit je pergi town tu. Alasan dia kasi they wait for us there, kira personal driver la. Tawar punya tawar tuk tuk dapat la THB750 kira THB250/person. Since we are already there sayang la kalau tak visit the night market kan.



For me the night market was just okay. Banyak sikit pilihan street food banding aonang. Price wise kalau takat beli sikit-sikit takde la jauh sangat beza dengan aonang. Harga makanan pun takde beza. Standard price pasar malam la. Kalau beli borong untuk seluruh kaum keluarga maybe jadi lain kot. I just beli fridge magnet je, benda wajib i collected each time going somewhere. Tapi kat aonang pun ada. Harga pun lebih kurang sama. So i felt tak berapa berbaloi pay so much to go to the night market. Kalau takat THB150 still acceptable. If more, better tak payah kot jalan cari barang sekitar aonang jelah.




Lepas dah kenyang semua masa untuk cari tukang urut. Kalau datang thailand tapi tak experience their thai massage tersangat la rugi. One hour full body massage THB250 je mana nak dapat harga macam tu kat KL. I slept as soon as tukang urut tu mula pegang-pegang badan. Lega betul dapat urut lepas seharian kehulu kehilir.


And our days in Krabi, Thailand was done!


11 comments:

  1. waa.. sedang pasang impian nk ke krabi dengan naik moto.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah macam best. Saya pernah naik kereta, minibus and flight. Maybe should consider moto pulak hahaha good luck!

      Delete
  2. Makanan kat situ bantak yg halal tak.
    saya nak kesana.
    nanti saya tanya awak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dont worry kalau kat krabi senang sangat jumpa makanan halal kat mana-mana ada je.

      Delete
  3. Massage kat mane? Hari tu pergi x jumpa tempat massage yg best. Banyak lady boy je. Tak berini pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat aonang street tu banyak je massage shop. kalau ada lady boy dekat depan request je nak perempuan dorang layan punya mostly ramah-ramah and paham especially bila kita berhijab

      Delete
  4. wah bestnya holiday. dah lama lya tak pergi holiday. krabi the last time lya pergi was 5 years ago. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe nanti ada rezeki boleh pergi tempat lain pulak hehe

      Delete
  5. Holiday with famliy lebih ramai..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul excitement dia pun akan jadi lain sikit hehe

      Delete
  6. Teringin nak try pancake Krabi yang famous tuuu. Tapi Krabi pun kita tak pernah jejak lagi ahahah.

    ReplyDelete

Copyright © 2016 l a d y ' s , Blogger