9/26/2010

Peperiksaan

Esok isnin kena pergi sekolah balik. Sekejapnya cuti. Ok,sape kata lama kalau cuti 1 hari je. Tidur setengah hari...online setengah hari...satu hari pun terbazir dengan jayanya dan sekolah memanggil semula. Hebat!

Kena lalui satu minggu je lagi. Lepas tu exam bermula. Sekarang ni semua cikgu tinggal buat revision or habiskan segala syllabus di saat-saat akhir. I know yang 1 week tu memang cepat je lalu. Pergi balik sekolah sedar-sedar dah isnin balik. I'll try to make the best use of my time to habiskan segala revision for every subject. Wish me luck, ok.

Esok trial SPM bermula. PMR mula 5october. Final exam pulak start 7october. So students in my school semua kena demam peperiksaan. Memang setiap tingkatan sibuk buat final revision. Bagus betul jadual exam kat sekolah kan.. Semua exam dekat-dekat je. Tak de lah alasan untuk murid buat bising. Kalau student tu tak de benda nak buat mesti cikgu akan tanya 'dah habis buat revision ke?' 'dah sedia nak amik exam ke?' and banyak lagi la sampai sempat buat ceramah motivasi. akhirnya student pun tak berkesampaian nak habiskan masa just like that.

Tetiba terfikir yang macam mana saya lalui saat PMR yang tinggal 1 minggu je lagi tahun lepas. Korek punya korek kotak memori yang ada dalam kepala satu pun tak jumpa. Memang tak ingat. Saya rasa macam nak duduki normal exam je. Just bab belajar tu extra sikit. Sikit je tak banyak.

For me, buat apa la nak stress-stress fikirkan sangat exam nak dekat sampai buat revision pun susah. Baik berlagak normal je. Asalkan kita yakin dengan diri sendiri and tahu yang kita dah try our best, tu dah cukup. Lepas tu tawakal lah yang kita ada. Asalkan jangan pandang ringan sangat sampai revision pun tak buat or terus tawakal before usaha apa-apa.

I wish sesiapa saja yang akan ambil apa-apa exam dalam masa terdekat ni BEST OF LUCK. Moga dapat result yang bagus dan segala usaha berbaloi. 

P.S phone oh phone.. kenapa meragam tibatiba ni.. buat orang susah je..

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2017 l a d y ' s , Blogger