2/08/2012

Budak Gedik!

Arrghh.......... geram. Ke-lembab-an internet connection kat rumah ni telah menyebabkan saya rasa teramat malas nak menaip entry baru. Tapi bila fikir-fikir balik, ntah sejak bila ntah saya pernah rajin bersemangat nak publish entry baru kat blog ni. Sekali sekala tu mungkin pernah la.




I just wanna say this, JADI BABYSITTER TU MEMANG TAK MUDAH. Nak-nak lagi kau kena jaga budak yang tak reti duduk diam melainkan dia tidur. Memang sesak nafas nak jaga dia. Kalau leka sikit, dia lesap takde kat depan mata. Mau nak tercabut jantung tetiba tengok dia dah panjat tangga gaya macam orang besar padahal jalan pun tak lagi. Pfffuuhhh, letih wa cakap lu.

Nasib baik la gelagat dia buat orang senang hati. Nama dia Ain. Dia suka tengok iklan yang ada baby like iklan susu or iklan pampers. Dia la yang keep me busy these past few weeks. Dia adik angkat saya ^-^


Dulu - Memula nampak flash camera, berkerut-kerut muka.




Sekarang - Pantang nampak flash, mula buat gaya gedik dia.





Ni pun dia tengah tidur, baru la tenang nak online. Kalau tidak jangan harapla nak bersenang-lenang macam ni. Huhuhu..

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2017 l a d y ' s , Blogger