7/29/2013

shopping time




Assalamualaikum ..



Hello Hello



Alahai lamanya tak jenguk blog.



Sejak dah start cuti ni paling pun online twitter ngan instagram kat phone. Laptop dah jarang disentuh. Tapi today mama terbawak Joyah yang terlupa nak dikeluarkan semalam sebab termasuk dalam beg mama. Okay bukan lah termasuk, saya yang letak. Semalam penat sangat keluar pergi shooping raya kat kenanga. Habis je buka puasa terus tidur sampai sahur pagi tadi. Mandi pun tak. Pukul 2 pagi terjaga and terasa nak mandi, bila pikir-pikir balik tak elok lah mandi tengah malam. Lepas buka dah tak jumpa mama dah, then lupa la terus pasal Joyah tu..


Semalam keluar shopping kat KWC. Punya lah ramai orang. Hari biasa / normal memang mampu je berjalan dari ground floor up to 6th floor tanpa apa-apa masalah. Tapi semalam dengan puasanya (actually tak puasa tapi macam puasa sebab tak sempat jamah apa-apa langsung) , dengan tak cukup tidurnya, dengan ramai orangnya.. tingkat bawah-bawah semua ktorang tak jejak. Start dari tingkat atas explore satu-satu sampai 3A. Turun tingkat 3 and 2 kejap then naik balik. Penat nya tak tertanggung. Kira okay lah dari takde baju baru langsung.



ini bukan gambar semalam.. tapi time nih tengah shopping kat kenanga jugaklah.




Sejak dua tahun ni rasanya rajin pulak mama bawak anak dia pegi shopping time puasa. Kalau dulu mesti beli baju baru before puasa... kalau tak sempat lepas raya. Ala kalau time sambut raya kat kampung tu mestilah pakai baju baru je kan. Tapi biasanya baju kurung memang stock beli 2 tahun sekali. Sebab pakai pun setahun dua-tiga kali. Tapi rasanya tiap kali nak balik kampung, tak kira la nak balik bercuti ke balik beraya, mesti pergi shopping dulu.



Yang syoknya shopping time nak dekat-dekat raya nih, SALE! Design baju kurung lawa-lawa dengan harga yang murah. Siapa tak suka kan? ;)


No comments:

Post a Comment

Copyright © 2017 l a d y ' s , Blogger