malas je nak update blog ni tapi bila tengok blog tak terurus rasa kesian pulak.

cuti sekolah kali ni agak sibuk. actually my family and i just arrived from jakarta hari jumaat hari tu. tujuh hari jugak la kitorang kat sane. pergi hari sabtu balik hari jumaat. i think we all had a great time together. bila saya rasa terlebih rajin nanti saya update cerita sal kitorang kat sana.

jadi i have only a week to finish all my holiday homework. adoi. dah la tak habis lagi kemas rumah sebab masa kami tak de kat rumah de orang datang betulkan rumah ni and tinggalkan habuk kotoran yang sangat banyak. so balik je rumah hari jumaat tengah penat-penat and pikir nak tido je terpaksa pulak bersihkan rumah dulu. sekarang ni tinggal nak bersihkan buku-buku yang berhabuk kat atas meja study tu je. sumpah malas.

lepas tu ade hati pulak nak tengok wayang walaupun duit tak de. saya pun tak tau asal sekarang ni semua cerita best nak keluar. toy story 3, the karate kid, lagenda budak setan, and banyak lagi. rasa nak buat movie marathon pun ada. tapi tu la...tak de duit. so sape-sape yang baik hati nak sponsor saya dengan berbesar hati menerimanya. :)