10/20/2010

Yay!!

At last.. final exam habis jugak semalam. Pejam celik tutup bukak mata dah masuk akhir bulan 10. Cepat kan?? Lepas ni dah tak ambik exam lagi sampai tahun depan. Pejam celik tutup bukak mata lagi dah habis SPM. Dah tak jadi budak sekolah lagi. LALALA..

Hari ni ada paper akaun. Akaun tu best ke???? Dulu waktu belajar basic akaun kat KH macam best. Tapi tulah penakut sangat nak try carry paper akaun. Takut berat sangat sampai tak mampu. 9 paper yang sedia ada pun dah berat sampai terteleng-teleng kepala. Rasa macam mampu tapi takut. Gigit jari je lah kan.

Even dah tau apa yang mama akan jawab, gedik jugak nak try tanya dia izinkan tak ponteng sekolah hari ni. As expected, tanpa berfikir panjang mama terus answer NO. Lagi kena tegur adalah. Haisshhh. Datanglah sekolah dengan hati separuh rela.. nasib baik ada kawan kalau tak boleh mati kebosanan tak tau nak buat apa kat sekolah tadi. Cikgu sekarang ni tengah berlumba-lumba tanda paper supaya anak muridnya tak payah nak tunggu lama-lama. Esok mungkin dapat paper biology and by next week mesti semua paper dah kembali kepada tuan-tuannya.

Kadang-kadang rasa boleh lulus semua subject. Tapi tak nak letak harapan terlalu tinggi. Nanti kecewa lagi macam mid-year exam and test 2 hari tu. Ingat boleh lulus, sekali gagal. Ingat boleh dapat A, sekali result jauh dari A. Salah siapa? Mestilah diri sendiri memang tak de orang lain pun. Orang lain study dia main, orang lain jawab exam dia tidur. So, orang lain lulus confirm dia gagal. Padan muka!

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2017 l a d y ' s , Blogger