Sambil sibuk stalk orang dekat facebook mata jeling tengok jam dekat laptop. Sakit jantung kejap tengok jam dah pukul 1 hampir ke pukul 2. Biar betul. Jeling jam kat dalam bilik, pukul 1 pun belum lagi. Lepas tu baru teringat 'oh, macam mana la boleh lupa yang jam laptop ni kan ikut waktu korea, awal 1 jam.'   -_-''


Tadi tengok tirai akademi fantasia musim ke-9  a.k.a.  musim terakhir. Dah 9 tahun tengok AF ni rupanya. Bila ingat-ingat balik zaman tengok AF1 waktu darjah 3 dulu, boleh kongsi dengan beberapa orang kawan je. Yang lain semuanya tak subcribe astro lagi. Kiranya kitaorang ni dah maju la sikit sebab dah pasang astro kat rumah.

Lepas AF1 dah meletop-letop, semua orang pakat langgan astro. Tak kesah la rumah buruk tingkap pecah ke, janji dekat rumah ada astro. Sekarang ni 9 tahun dah berlalu. Baru sedar yang dah lama juga la hidup dengan AF ni. Lebih daripada setengah umur.

And and  waktu PakNil nak umumkan siapa pengetua AF9, betul-betul ingat Ahmad Dhani tapi hati masih persoalkan lagi. At the end yang keluarnya AmySearch. AF ni suka sangat buat gimik macam tu. Ada je tiap tahun.

And and and  ada pelajar satu geng minat k-pop la. Hahaha. Tak pasal-pasal adik-adik saya minat dia bila dengar dia nyanyi lagu I'll be back.



Jumaat tengok Maharaja Lawak, Nabil and Balas the best!!!
Tapi yang tak best lepas minggu depan kena subscribe astro mustika kalau nak tengok.