4/27/2011

ujian akan datang

Hari sabtu ni hari sukan sekolah dekat Stadium Bola Sepak Cheras. Semalam raptai penuh kat sekolah. Hari ni raptai dekat stadium. Letih tahap tinggi betul. Sekejap hujan, lepas tu panas terik.

Dah dua hari tak masuk kelas langsung. Minggu ni lepas rehat memang ada latihan kawad hari-hari, terpaksa tinggal kelas. Sangat risau. Saya bukan budak pandai sangat. Kalau nak master 1 chapter pun kena ambil masa beberapa minggu. Kelas tuition pun tak ambil.

Next saturday, exam dah mula. Saja je buat exam hari sabtu biar budak datang sekolah. Study satu hape pun belum start lagi. Memang kalau nak A+, kena buat inisiatif sendiri. Kena buang jauh-jauh sikap malas, tanam and pupuk banyak-banyak sifat rajin.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2017 l a d y ' s , Blogger