3/17/2012

Rindu.



Rindu sekolah. Tapi takpe minggu depan mesti datang sekolah jumpa kengkawan balik.


Lepas beberapa bulan i lost contact dengan mereka. Sebab baru tukar phone number. K, gaya takde social network pulak kan.


Mungkin orang yang tak berapa nak kenal saya kata saya ni sombong. Tapi percayalah, awak salah. I'm just tak berapa peramah je. Saya lebih suka berdiam diri dari bercakap. Just listen and smile. Lagi prefer menjadi pendengar. Dengar cerita dia dulu, bila dah faham baru la menyampuk. So saya tak berapa nak faham la orang yang tak tau limit dia kalau nak bercakap tu. Sebab saya tak melebih-lebih, saya sangat tak selesa dan tak suka dengan orang yang menyampuk bila tak perlu ni.

Saya tak berapa suka nak bercerita or kalau nak lebih tepat, tak reti nak bercerita. Macam kalau ada orang tu, lepas je tengok that drama terus bersemangat nak bercerita ngan orang lain dari A sampai Z. Kalau saya, just cerita pe yang penting je. Tu pun orang yang dengar mesti kata yang cerita tu membosankan. Padahal cara saya bercerita yang buat drama tu kedengaran bosan. Get it?? Tapi ada masanya jugaklah bila dah terlebih excited tu nak-nak lagi cerita pasal kpop, sampai berbuih-buih jugaklah mulut ni.


Bila saya dah selasa dengan seseorang tu, bersiap-sedialah untuk melayan perangai gila-gila, bising, manja n gedik saya. Biasanya perangai-perangai ni semua datang time i'm with my family je. Macam bipolar pun ada kadang-kadang. Sekejap tu lain, kejap lagi berubah balik.


Dan saya sangat suka bila orang lain start a conversation.




Saya rindu tapi rasa segan nak tegur awak. Rasa pelik and awkward. I hate this feeling.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2017 l a d y ' s , Blogger