7/20/2016

Resepi Homemade Pandan Kaya






Here i share something so simple yet delicious. Kalau suka makan kat boat noodles mesti la familiar dengan menu steam bun with pandan kaya dorang. Just realize that it was so easy to make kaya! Simple je rupanya. Ingredients pun tak banyak. Lepas try buat hari tu memang decide to never buy kaya kat luar lagi, homemade je. Sebab taste and texture semua ikut kegemaran sendiri.




Resepi and steps semua saya dapat from the video. Tried, change ikut taste sendiri and jadi dengan jayanya. I just double the recipe sebab kami ramai.

5 helai daun pandan
600ml santan kelapa
6Tbsp susu pekat manis
2cup gula
1/4 tsp garam
2Tbsp tepung jagung
6 biji kuning telur



Thank god ibuk tanam daun pandan kat belakang rumah jadi tinggal petik je bila rasa perlu.


Memula kisar daun pandan and santan. Then tapis make sure the mixture is free from serat daun pandan.

Masukkan susu pekat manis kemudian panaskan in few minutes.

In another bowl, campur gula, garam. tepung jagung and kuning telur. Mixed well.

Masukkan campuran santan dan susu pekat yang dah dipanaskan tadi sikit demi sikit ke campuran telur. Mixed well, make sure tak jadi scramble eggs.

Pour everything back into the pot dan masak dengan api yang perlahan. Keep stirring the mixture sampai jadi pekat. In few minutes kita dah boleh nampak the kaya texture sama macam yang selalu ada kat kedai tu.



And pufff you are done! Kalau agak-agak hijau pandan tu kurang memuaskan tambah setitik pewarna hijau. Suka manis-manis boleh lebihkan gula and susu tu. Resepi dalam video letak evaporated milk to get texture you want and tambah rasa lemak sikit, sedap gak if you want but for me macam ni je dah cukup ummph. Serve panas-panas dengan roti gardenia sedap gila. Dah sejuk sikit boleh simpan dalam fridge and you can have it whenever you like. Not sure the maximum dia boleh tahan berapa lama sebab hari tu saya buat in few days dah habis. Resepi ni boleh dapat dalam 2 & 1/2 bekas kaya gardenia tu. Enjoy!


No comments:

Post a Comment

Copyright © 2017 l a d y ' s , Blogger