11/29/2016

Budget Bajet Trip to Krabi, Thailand Day 3


Assalamualikum, hi!

Part 1 | Part 2

Jom sambung cerita the next day.


15 July 2016

Started the day a litle bit late. Today's tour started at 9.00am jadi kitorang ada banyak sikit masa santai. Hari ni kitorang ambil pakej Emerald Pool, Hot Spring, Elephant Trekking and Tiger Caves including halal lunch for THB700.

Pagi-pagi turun pergi breakfast tempat semalam since kedai dekat and boleh tahan sedap. Back to the hotel and get ready sambil pray Ya Allah please let the weather be sunny and nice for today. Pukul 9 dah turun tunggu kat lobby hotel dengan excitednya.





Waited till almost 9.30 tapi takde pun anyone datang jemput. Pelik sebab semalam kemain on time. Nasib baik akak receptionist ada mintak tolong call the tour company since their num is on the receipt. Called and found out yang the guide/driver of the day waited for us at the wrong hotel! Must be miscommunication between the staffs. Nasib baik we are restless and cepat-cepat try contacted them. Kalau tak masing-masing macam orang tak betul tunggu kat tempat yang salah.

First stop, tiger caves. Lebih kurang batu caves la kena panjat tangga untuk jumpa patung budha besar kat atas tu. We didnt manage to naik sampai atas, sightseeing kat bawah je. Dulu ada harimau yang jaga tempat ni sekarang tinggal kandang dia jelah.









Lepas habis visit the temple we move to our next place, elephant trekking. About 5 minutes je dari temples tu. I've been to Thailand a few times tapi ni first time naik gajah. Mixed feeling about this jugak sebab you know i'm not comfortable with any animals kan. Tapi haruslah cuba demi pengalaman.

Sampai setengah jalan, penjaga gajah tu berhentikan gajah then ask us nak dia tolong tangkapkan gambar tak. Our respond mesti la 'eh boleh je' then dia kata tapi kena bayar dia la. We were like alamak we didn't allocate any budget here. Patutnya this trip tak keluar duit langsung. Teruslah jadi 'erm no thanks'. Lepas tu dia keep asking betul ke taknak ada gambar langsung dengan gajah. Bila tanya berapa dia boleh kata up to you kira seikhlas hati lah adoi lemah betul.

uncle ni mungkin part time photographer

skill dia boleh tahan


mei the elephant pun kemain pose



Akhirnya kitorang give the uncle THB150. Kira seorang THB50 la boleh la buat belanja dia tengah panas-panas tu. Lepas dari situ beralih pulak ke kolam air panas. Yang ni kena jalan ke dalam sikit sebab kereta boleh masuk takat kat pintu je. Otw tu ada la changing room tempat tukar baju nak mandi kan.




Seronok tau main celup-celup kaki kat air suam-suam panas ni. Tapi dia dah kasi warning awal-awal jangan berendam lama sangat, Too much of sulphur pun tak elok untuk badan, Paling afdal dalam 20 minit je.




Lepas tu off to emerald pool. At that time blue pool is closed for maintenance tapi takpe life must go on. Lunch hari ni nasi goreng cina dengan telur goreng kat kedai halal depan pintu masuk emerald pool. Kena isi perut dulu bagi ada energy nak jalan jauh.



Around satu kilometer jugak la nak jumpa pool tu dari pintu masuk.  Dia ada 2 jalan, satu jauh sikit than the other one. Ikut suka la nak lalu mana tapi mestilah kitorang chose the shorter one. Jalan lurus je pool ada at the end of the trail tu


akhirnya sampai






Dapat mandi dalam dua jam okay la walaupun tak puas sangat. Masing-masing tak bawa baju salin so dengan baju basah lembap tu naik la van untuk balik hotel. Guide tu kata takde hal la basah sikit ni. Masalahnya perjalanan balik makan masa lebih kurang 2 jam dengan traffic sesak petang tu lagi sebab weekend buat we regret our decision tak tukar baju kering. Sejuk beku duduk dalam van tu sampai dalam hati doa cepatlah sampai i'm so uncomfortable nak mandi nak tukar baju nak selimut.


SAMBUNG SINI



5 comments:

  1. Replies
    1. yeah one of the good point bila pergi tempat baru :)

      Delete
  2. the story of three lovely girls,

    ReplyDelete
  3. Cantik gambar korang kat gajah tu! Pandai uncle tu amekkan gmba :)

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  4. Maya Nofida HendraMarch 7, 2017 at 10:47 AM

    Hi Nisa,kat mana eh nak amik pakej tour mcm awak?

    ReplyDelete

Copyright © 2016 l a d y ' s , Blogger