Is it true?? Love like oxygen???? Maybe yes because i love shinee and they like my oxygen. Can't imagine how i can live without them. Ok, itu sangat hiperbola. :)





Oh, i really LOVE SHINee !!!






Ok, enough dengan shinee tu semua.

Pagi tadi lepas sahur saya tunjuk la slip keputusan yang sangat cemerlang tu dekat mama and ayah. Their reaction is exactly the same with what that i have expected.

'Mana boleh sampai 2 gagal! Ni dah melampau! Mama tarik balik adek punya laptop kalau macam ni. bla.bla.bla.bla.bla and bla.'

Bising sampai kat dalam kereta. Yelah. Cuba bagitau sape yang senyum ucap tahniah bila nampak result anak sebegitu 'cantik'. Nampaknya kena rajinkan diri buat revision banyak-banyak kalau tak nak kena tarik balik semua facilities yang ada.

Oh, hari jumaat nuzul al-quran tapi sekolah tak cuti. Ni yang tetiba rasa nak sekolah kat Selangor ni. Apa-apa perayaan Selangor kompom cuti.

Hari jumaat jugak kat sekolah ada sambutan kemerdekaan. Sebenarnya nak buat hari isnin tapi VIP yang dijemput tak boleh pulak datang on monday so tak pasal-pasal kenalah buat hari jumaat. Then suddenly cikgu bagi pengumuman suruh pakai baju kebangsaan on that day.*sigh* After that cikgu cakap yang sambutan tu sebelum rehat je. After recess belajar seperti biasa.*sighsigh* Maknanya semua orang belajar pakai baju kebangsaan masing-masing, baju kurung, sari, bla bla bla. Paling lawak bila fikir yang friday before balik ada chemistry and nak buat experiment. So kitaorang akan buat experiment pakai baju kurung + heels????
awesome!!!!!