11/01/2010

bulan sebelas

Hari ni 1 November 2010. Lagi dua bulan sudah tahun baru. Lagi satu tahun amik peperiksaan SPM. Lagi tiga minggu cuti sekolah bermula. Lagi beberapa hari sambutan deepavali. Lagi beberapa jam buku SPBT akan dipulangkan. Oh, dan lagi beberapa jam tu pun kalau rajin baru buat homework yang cikgu bagi last week. Hrrmmm.. lagi????

Tadi pergi sekolah my so-called-uncle yang hantar. Mama and ayah outstation dari sabtu sampai sekarang tak balik lagi. Nasib baik tadi ada orang yang hantar pergi sekolah, saya lagi rela tak datang sekolah daripada kena naik bas. Gedik kan! Tapi nak buat macam mana, kalau naik bas awam pagi-pagi mesti sampai lambat. Dah la lambat, penat pulak tu kena jalan jauh. Then kena bangun awal, berasak-asak dalam bas. Semua benda tu boleh buatkan mood berubah 360 darjah dari bersemangat ke rasa nak memaki hamun sesiapa saja yang membuat lawak yang langsung tak kelakar.

And semua result untuk final exam last last week dah selamat dalam tangan. Alhamdulillah exam kali ni tak de gagal apa-apa. Tapi yang buat rasa tergugat bila deskmate di sebelah dapat A for every subject. Tak pe, bagus jugak dapat deskmate yang pandai, boleh buat pembakar semangat. Memang tipu la kalau kata ok je all the time, kadang-kadang rasa kurang pandai jugak. But for me buat apa lah fikir benda negetif yang boleh merosakkan fikiran, baik fikir future. Benda dah lepas tetap lepas. Buat macam mana pun bukan boleh ulang balik. Buat apa la nak sesakkan kepala fikir benda remeh-temeh tak penting tu.

Apa-apa pun, bak kat ustazah, tepuk dada tanya selera. Mana satu yang kita nak pilih. Semuanya terpulang kepada diri sendiri. Seberapa besar pun pengaruh orang lain, final decision kita yang tentukan. Orang kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2016 l a d y ' s , Blogger