4/19/2012

Musim Demam

Assalamualaikum =)

picture from : weheartit.com


Hujan Panas Hujan Panas Hujan Panas. Cuaca kat Malaysia ni memang macam tu je sepanjang tahun. Memang tiap bulan akan keluar masuk klinik la kalau tak reti jaga diri.

Klinik tu memang dah jadi macam my second house. Tapi bukan saya yang sakit tau, adik-adik saya yang sakit. Dalam rumah ni kalau dah seorang sakit, semua pun ikut sakit. Tapi alhamdulillah, my immunity sistem memang kuat sikit so jarang la dapat sakit. Hari ni teman adik ni pergi klinik. Esoknya teman adik lagi satu pulak g klinik. Biasalah budak-budak, nak-nak lagi baby. Tiap bulan mesti demam tapi demam nak pandai la orang kata.


Aduuh, tulis entry ni sambil dengar lagu ft island memang tak boleh nak fokus langsung. Terbuai kejap dengan suara hongki tu. Terganggu kejap ingatan padahal tadi kemain dah draft dalam kepala nak tulis apa.


Oh, kalau dah rasa-rasa nak demam tu tolong lah ambil precautionary method dulu. Kita tau la badan kita, kalau rasa semacam je cepat-cepat la jaga makanan. Banyakkan minum air. Kurangkan makanan berminyak. Tu semua mama selalu cakap. Yang paling penting, cukup tidur. Tak kurang tak lebih tau. Ni yang terlebih tidur pun boleh bawak sakit tau. =)

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2016 l a d y ' s , Blogger