9/17/2012

dinner plan..



Assalamualaikum, annyeong!



Hari tu, kak mira tetiba ajak keluar makan. Bila stress duduk rumah tak tau nak buat hape, jenguk tingkap nampak pulak kereta mama tersadai elok kat depan rumah.. haa.. apa lagi confirm la rasa nak keluar tu membuak-buak.


Disebabkan kak mira konon nak belanja makan, anggi and me beria teringin nak makan makanan korea. Yelah, tak pernah makan proper korean food. Tetiba pulak ada orang nak belanja makan, apa lagi..... Masalahnya ada satu je, tak tau nak makan kat mana. Yelah tengah lapar ni kena la cari tempat makan yang sedap. Tak nak lah asal pergi kat mana-mana janji korean food. Hahaha banyak songeh betul. Lepas tu nak cari yang sesuai dengan bajet pulak.

Google punya google punya google punya google pun tak jumpa jugak. Akhirnya give up and call mama, tanya dia dekat mana. Sekali dia jawab dia ada kat KL Festival City. Wahhh kami apa lagi, terus happy sebab kat situ kan ada Seoul Garden. Dalam hati dah pikir nak pau mama la.


Terus siap-siap nak keluar. Adik-adik yang belum mumayiz semuanya tinggal kat rumah. Ni hal kakak-kakak je. Huahahahaha. *evillaugh*


kakak kedua



kakak pertama

Apesal gambar kakak kedua dulu?? Suka hati aku la, blog aku. hahahahahah. Baru perasan gambar kakak ketiga lesap hilang tak tau pergi mana. Jadi.... takdelah gambarnya. tujelah. :)



Yay akhirnya jejak kasih di KL Festival City. Fail selca of me n mama. Muka ai tinggal separuh je.



Lepas jumpa mamayah, terus pergi shopping sebab mamayah nak balik kampung esoknya. 


orang lain cari baju, kami sibuk cari cermin. lepas betulkan tudung, take picture then menonong keluar begitu saja. :)



ehh.



apakah ini??? mana seoul garden??? mana ayam, daging, seafood grill?? 


Shopping punya shopping sekali dah pukul 9pm. Mama n ayah kena pergi kajang, ada kerja. Anak mereka yang kelaparan ni dibelikan waffle dailyfresh dan paratha hot&roll. Ohh and chocolate coolblog sekali.



effect after minum coolblog. 



still happy jumpa makanan.. sebab dah lapar..



Lepas makan sambung shopping barang rumah kat econsave pulak. Ktorg bertiga jelah yang belanja, mama tolong kasi duit je sebab nak kena pegi kajang kan. Tau tak betapa bestnya shopping tanpa adik-adik kecik yang banyak karenah tu. Biasanya kalau pergi shopping one family, confirm akan ada rasa tak puas hati. Sebab kena melayan budak-budak tu dulu. Then bila lama sikit mula la merengek, mintak balik la, penat la, nak tidur la. At the end tak dapat barang yang kita nak cari tu.



Habis belanja shopping segala bagai ktorg pun keluar cari makan. Manalah nak kenyang takat makan waffle n paratha tu kan. Disebabkan dah malam n malas nak cari restaurant jauh-jauh, we decide to eat at



having nasi lemak and char koay teow.




But until now i'm still craving for korean food. 


No comments:

Post a Comment

Copyright © 2016 l a d y ' s , Blogger