Assalamualaikum :D


Wahh wahh wahhh sedar tak sedar dah sampai bulan september dah. Cepat je masa ni berjalan. Pagi ke malam ke pagi balik dah nak habis dah 2012. Rasa cam baru semalam je rasa nervous gila nak amik SPM. Lepas tu rasa nervous berganda-ganda nak amik result. Then keliru/pening nak futher study kat mana. Now dah kira akhir-akhir tahun 2012. Woaaahhhhhhh.....



Ehh hari ni dah hari isnin kan. Maknanya esok mid-term exam saya dah start!! Satu benda pun tak prepare lagi tup-tup dah nak exam. Huaggrhhh cepatnya. Nasib baik la yang keluar only chapter 1&2/3.. Boleh la bernafas sikit. Lecturers awal-awal dah kasi warning, kalo tak boleh dapat high score in mid term.. you surely will suffer during final. Kiranya mid-term ni memang exam yang paling senang yang dia boleh kasi laa. Adeyy, yang paling senang ni pun dah tercungap-cungap. Takut nak bayangkan betapa susahnya final nanti. Kena struggle habis-habisan la jawabnya.

Assignment pun tengah menanti dalam file. Ya Allah, tolong la musnahkan semua gen malas dapat diri ni.


Kbye ;)