hello sayang,

this week de minggu bahasa kat sekolah dan form 4 akan berada di dewan sepanjang minggu untuk menjadi penonton yang berhemah menyokong semua peserta. oh kecuali bagi sesiapa yang tak dapat kawal diri excited terlebih tengok kawan tengah perform kat stage akan dipersilakan secara hormat keluar dari dewan masuk kelas belajar seperti biasa. jadi students diberi pilihan sama ada nak duduk sampai sakit pinggang bontot semua kat dalam dewan atau duduk mengantuk sakit kepala dalam class dengar cikgu mengajar satu habuk pun tak faham. eh macam salah je statement kat atas. rasa yang betulnya, cikgu semua dah tahu yang murid semua tak suka masuk class kena belajar then dapat homework so in order to suruh dorang behave kat dalam dewan daripada bercakap dengan kawan macam dah sepoloh tahun tak jumpa kawan kononya baik tu instead of dengar kawan dorang yang lain buat persembahan kat atas pentas, cikgu akan ugut halau masuk class.

memanglah orang yang bercakap tak henti macam dewan tu bapak mereka yang punya kurang ajar sebab tak reti nak hormat orang tengah nervous kat depan tu bagi speech. tapi apa lagi yang boleh dibuat kalau apa yang orang kat depan tu cakap langsong tak difahami. ada je orang yang dengar dengan tekun sebab bila someone kat atas tu bagi soalan atau persoalan de je orang respon yes or no. kat situ dah nampak yang de jugak orang pay attention kat someone atas pentas. kepada pengucap pulak cubalah bagi topic yang interesting sikit yang dekat dengan penonton yang terpaksa mendengar ni so that penonton akan rasa gembira tak rasa terpaksa sekali gus boleh dapat pahala sebab buat something dengan ikhlas. cuba bagi topic yang kelakar then satu dewan boleh gelak and orang yang dari tadi bercakap tak ingat dunia tu pun akan tertanya-tanya pe yang best sangat sampai semua orang gelak pas tu turut pay attention sama sebab rasa macam ketinggalan. am i right?

ok nisa, pe yang kau cuba sampaikan tulis panjang lebar satu pun aku tak paham ni?

:) sebenarnya nak cakap yang this week de minggu bahasa kat sekolah ok kau dah mention bout bende ni kat atas tu nak ulang berapa kali? dan tak akan belajar dalam kelas for the whole week. hoorayy. haa ni lah yang cuba disampaikan dari tadi. tak kesah lah sakit bontot duduk lama sangat kat dalam dewan terpaksa tadah telinga masuk kanan keluar kiri dengan peserta lain berucap, bersajak, berforum, berduet acting, berdrama, ber... ok-ok stop i get it. semua ber- yang de kat dunia ni kau nak tulis. janji tak belajar so tak yah la penat-penat kena bawak beg yang berat penuh buku, dapat homework yang kalau tak setengah buku habis tak sah, ok itu hiperbola. pening kepala memikirkan segala jawapan yang cikgu tanya kat dalam kelas.

rasanya semua orang sukala kalau tak belajar even satu hari. oh and boleh ponteng sekolah dengan bagi alasan kat parents  :
 "bosanlah pergi sekolah bukan yang papepun. duduk dalam dewan for the whole day. tak belajar lngsong."
pernah tak dorang kat dalam dewan tu pikir yang sebenarnya duduk dalam dewan dengar orang lain bagi speech boleh gain knowledge jugak. pesoalannya orang yang menulis ni pernah pikir tak benda ni, huh? pernah, tapi saja buat tak tahu sebab rasa semua tu tak penting.

kenapalah my school de ramai cikgu yang berdedikasi tinggi tetap memberi latihan/homework kepada anak muridnya kerana takut mereka ketinggalan dari segi pembelajaran. oh cikgu, u guys so baik hati.

apakah hala tuju semua benda ni?? i pun not so sure. k la sambung besok bila i dah dapat jawapan dari segala persoalan yang i sendiri cipta.