wednesday..


hari ni memang tak de niat nak pergi sekolah langsong. eh,bukan everyday ko memang macam tu ke? pukul 6.10 lepas ear drum vibrate lebih kuat daripada biasa dek sore mama menjerit suruh bangon dah lambat!! barulah mata terbuka. pagi tadi sangat kelam kabut. keluar dari bilik air dah pukul 6.25 berapa minit i mandi eh?? dah la hari ni rabu kena pakai uniform kadet polis yang panas tu. then pagi-pagi baru reti nak kemas buku, susun alat tulis masuk dalam beg. malam semalam lepas wat homework terus tinggal meja dengan buku terbukak, pen bersepah-sepah. tengah rushing main sumbat je buku papepun dalam beg sebab memang tak belajar, mama da terjerit-jerit kat bawah suruh cepat. bilik waktu tu memang tak rupe bilik anak dara langsung. dengan atas meja buku bersepah-sepah siap de yang jatuh lagi. mainan amsyar kat atas lantai, tilam tak berkemas, tuala baru guna tak disidai. hahaha. gila serabut bai. that's me bila dah lambat. keadaan bilik camtu keluar off lampu kipas tutup pintu turun masuk kereta pergi sekolah dengan tak rasa bersalah pun.

kat sekolah duduk dalam dewan tengok f5 & f4 berforum. sumpah bosan weyh. last two days tu i still ley tahan and sometimes orang yang bertuah akan dapat perhatian from me. tapi hari ni memang tak boleh. saya just tengok bila giliran my class je. terok kan. i know tapi what can i do? otak tak boleh nak terima hujah-hujah yang mereka lontarkan tu. cett alasan. sepanjang duduk dalam dewan kalau tak termenung, dengar suara orang yang sedang berforum macam angin lalu. then disebabkan tak ley nak bercakap and kertas pen de kat depan mata apa lagi yang boleh dibuat selain main pas-pas notes.

hari ni kena stayback koko unit beruniform. kadet polis kitorang main tepung. ala macam budak sekolah rendah nyer sukaneka main cari gula dalam tepung tu. traditional + childish kan?? tapi tu la yang best. main benda alah tu mestilah de kumpulan dan disebabkan afiqah gedik tu baru nak minat super junior dier pun sebok wat kumpulan super junior. semua dak form 4 except me + kak suhaily dier sorang je form 5 tyme tu tak tau la plak yang len g mane masok group tu. saya tak masuk that group sebab tak nak satu kumpulan ngan afiqah. ade ke dier kata my minho loser. cett. sungguh sengal. saya pun join la group superjunior. ok sebenarnya bukan superjunior pun. ntah-ntah de yang beza sebulan je kalau dorang lahir bulan satu. so kitorang ni boleh dikira satu batch. hahaha. sumpah tak sedar diri yang ko sorang je f4 yg len sume f3. ingat nak bagi nama group anti-super junior tapi bila pikir-pikir disebabkan my group semua baik-baik belaka and anti-super junior tu macam mean je so i pun decide ktorang guna nama siti nurhaliza. siti i pinjam your name kejap ek. lepas habis game actually since sebelum start main lagi orang yang bijak laksana start membaling tepung kepada orang lain maka terjadilah cekodok. eh bukan! perang tepung. masing-masing main balik je tepung kat sesape depan mata. sumpah kotor gilak. at the end kita yang suffer ketidakselasaan. pe lagi balik rumah teros serbu bilik air la.

this weekend pulak my school adakan camping unit beruniform and mestilah saya ada sekali. mula-mula memanglah garu-garu ragu-ragu whether nak pergi or not memandangkan exam dah nak dekat. lepas pikir lg sekali kalau i tak pergi that kem pun tak semestinya i will study lagipun this saturday de sekolah ganti good friday so even saya tak g kem tu still need to go to school. disebabkan semua alasan memberat ke saya patut pergi so saya akan pergi. memula mama macam bising. dier kata setiap tahun saya g kem. eh yeke? asal tak perasan pun? lepas bodek bodek sikit akhirnya dapat jugak g.tapi kena bayar guna my own money.

balik rumah masuk bilik, nasib baik ibuk da tolong kemas bilik yang macam tongkang pecah pagi tadi. tengok jam dah pukul 5.55 waktu dah siap mandi semua tinggal nak makan je. tengah makan baru ingta yang hari ni rabu de dream team. yeahh dapat tengok min ho. sekali tengok dier tak de la pulak hari ini sebab cedera. hailo. baru excited ingat boleh jumpa my darling. hrmmm.


baru perasan saya tulis panjang macam karangan bm 100 marks tu dah padahal nak cerita pasal what happen today je. don't know why hari ni terlebih rajin. asal ek hari ni... ok-ok. i'll stop kalo tidak takkan habis merepek ntah hape-hape. iyaa. bye.

Post a Comment

Designed by FlexyCreatives