5/09/2010

penat tapi saya tak kesah??

olla,

semalam + hari ni tak duduk rumah pun. keluar kononnya nak celebrate mother's day tapi end up macam anak-anak yang bergembira sakan melebihi orang yang disambut. biasalah tu.

semalam pagi-pagi mama dah bising suruh bangun mandi siap-siap semua nak g renew passport yang dah tamat tempoh. sampai je kat sana dapat tau yang no dah habis. weekend dier keluarkan 200 nombor je. agak kecewa sebab ingat dapat la buat memandangkan dah semangat bangun pepagi nak buat benda alah tu. then after that kitorang g wangsa walk. pergi dengan harapan nak main boling tapi lepas masok je tempat boling tu terus nak ajak mama keluar balik. ramai betul orang. tak de hati terus nak main dengan keadaan yang sesak macam tu. then ingat nak tengok wayang. dicancelkan sebab tak de cerita best yang sesuai untuk tontonan kanak-kanak. bawak budak-budak ni susah sikit. nanti de jugak yang diajak keluar waktu tengah syok tengok wayang sebab bagi budak tu cerita tu tak menarik langsong. akhirnya decide g karaoke. tiga jam kat dalam tu rasa macam sekejap je. terjerit-jerit release tension semua sampai suara pun ala-ala tak de. ok, that's cerita hari sabtu.

hari ni pulak rasa macam nak pergi sekolah pun ade sebab subuh-subuh buta mama dah jerit suruh mandi. kena keluar awal takut kalau lambat nombor habis so pukul 6 pagi dah siap-siap. gila awal kan? nak siap g sekolah hari-hari pun sometimes lagi lambat daripada hari ni. sampai dekat jabatan imigresen dalam pukul 7 and tengok-tengok orang dah banyak dah beratur kat luar tempat tu. terpaksa beratur kat luar tu lebih kurang satu jam then lepas dah dapat masuk kena beratur lagi. barisan dier tak payah nak cakap la. sepanjang-panjang alam dah mengalahkan ular. then lepas beberapa jam beratur dengan perut lapar tak sarapan lagi, dapat tau yang nombor dah habis. wtf?? geram sungguh. punyalah lama kita beratur end up tak dapat ape-ape. haishh. waktu tu kalau de pistol rasa macam nak tembak sorang-sorang pegawai tu. ramai yang kompelen. yelah dari pukul 6 pagi dah terpacak depan tu berdiri lama at the end tak dapat ape-ape. sape tak marah macam tu. saya pun tak tau orang ynag dapat nombor tu beratur dari pukul berapa. rasanya bermalam kat depat pintu tu kowt.

p/s : esok 10 may 2010 = mid year exam bermula. tidakkk!!!!
p/s i : still rasa macam nak makan orang lagi sekarang ni.
p/s ii : entahlah. dalam hati ni semua rasa bercampur. dah jadi macam rojak dah.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2017 l a d y ' s , Blogger