Dekat mana-mana semua orang bercerita tentang rusuhan kat mesir. TV, radio, surat khabar, facebook, blog, twitter, banyak lagi la.
Bila tengok berita sibuk mempersoalkan bila la rakyat malaysia nak dibawa pulang. Semua orang risau, boleh berdoa je supaya semua orang yang tidak berdosa selamat sejahtera.
Saya pun sebenarnya tak berapa nak faham pasal kejadian ni. Mula-mula dapat tahu bila kat twitter kecoh yang kerajaan mesir block penggunaan twitter di negara tersebut. Ingat tak serius sangat.
Jadi dengan bantuan En.Google, dapatlah info ini
Bantahan Mesir 2011
Siri tunjuk perasaan, bantahan, dan keingkaran awam yang berlansung di Mesir sejak 25 Januari 2011, dengan para penganjur menggunakan pemberontakan di Tunisia sebagai pembakar semangat orang ramai. Tunjuk perasaan serta rusuhan ini dikatakan berpunca daripada kekejaman polis, undang-undang darurat, pengangguran, keinginan menaikkan gaji minimum, kurangnya perumahan, inflasi makanan, korupsi, kurangnya kebebasan bersuara, dan keaadan hidup susah.
Matlamat utama bantahan ini ialah untuk menyingkirkan rejim Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah selama hampir 30 tahun.
Pada 27 Januari 2011, Mesir menutup rangkaian sosial (twitter, facebook) melalui penutupan internet dan sistem telekomunikasi. Semua telefon, internet, mesin ATM langsung tidak boleh digunakan.
Mubarak mengumumkan penubuhan kerajaan yang baru. Mubarak membubarkan kerajaannya lalu melantik tokoh tentera dan bekas ketua Jabatan Perisikan Am Mesir, Omar Suleiman sebagai Naib Presiden untuk cuba mematahkan bantahan. Mubarak meminta menteri penerbangan dan bekas ketua Tentera Udara Mesir, Ahmed Shafik untuk membentuk kerajaan barunya.
Penentangan terhadap rejim Mubarak bertaut pada Mohamed ElBaradei, apabila semua kumpulan pembangkang utama menyokong peranannya sebagai perunding untuk membentuk suatu kerajaan peralihan yang bersatu. Ramai warga luar negara hendak keluar dari negara ini, apabila rakyat Mesir mengadakan tunjuk perasaan terbesar.
Sebagai tanda tunduk kepada tekanan rakyat, Mubarak mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya pada bulan
............
Rupanya perkara ni sangat serius! Dah ramai orang terkorban dalam tempoh masa seminggu ni.
Nak maklumat terperinci??? Here, What's happening in Egypt
Bila cerita pasal rusuhan ni teringat kejadian rusuhan ISO 1 August 2009 kat jalan TAR tu. Waktu tu only god know perasan budak tak tahu apa-apa ni. Tiba-tiba tersekat kat tengah-tengah bantahan tu. My worst nightmare! Mesti warga Malaysia yang kat Mesir tu lagi ketakutan. Dah la dekat negara orang. Moga baik-baik je.
No comments
Post a Comment