Hello Malaysia.



Minggu ni just ada dua kelas, sebab semalam cuti. Alhamdulillah dapat rehat. Tapi assignment tak start satu hape pun. Next week dah kena hantar dah. I'm doomed.


Ehh rasanya dah lama tak buat entry luahan hati. Tak tau kenapa makin lama makin rasa awkward pulak nak bercerita dalam blog sendiri. Bila selongkar kisah dulu dulu, rupanya kalau boleh semua benda yang jadi dalam satu hari nak diceritakan dalam blog. hahaha. Sekarang apesal rasa pelik semacam?? Mula la penat berfikir cari apa yang tak kena.




Tadi kononnya perancangan asal nak ke cbn amik sijil spm. Plan last minute sebab.... ntah la. Suka hati aku la kan. Lagipun kalau plan awal-awal confrim akan cancel last minute. Ke tu perangai me and my friends je?? Suka cancel benda (biasanya outing) yang dah diplan baik punya awal. Kalau last minute punya cerita confirm jadi je. Hahaha. K sambung. So jumpa azlin kat depan mcd masjid jamek, terus makan kat sana sebab perut kebulur. Mana sempat nak jamah anything before keluar rumah sebab semuanya tetiba je. Tetiba aku bangun, Tetiba siap-siap nak keluar. Tetiba tunggu bas berjam-jam. Tetiba sampai depan mcd. And tetiba lapar. Then kami pun makan sambil bergosip sana sini (biasalah pompuan). Tup tup bila dah bersemangat isi minyak full, baru nak masuk gear nak panjat bukit nanas tuh....... hujan pulak dah. Nak tak nak kena la cancel plan. Terus decide pergi pudu jumpa mama then off to maybank.

Yang saya tak berapa faham ni. Apa je yang saya buat sampai penat, sakit kaki gaya lepas kawat kaki kadet polis tiga empat jam?? Tak berapa paham dengan cara badan sendiri berfungsi. Mungkin dah lama sangat ni tak exercise so now kalau jalan sikit je dah pancit. Ni boleh jadi masalah besar dah ni. Sila sedar diri ye khairun ye.



Okay. Tak tau kenapa tapi saya selalu sangat bersin sekarang. Adakah kita ni makin lama jadi makin sensitif?? Mungkin saya harus find out the answer melalui google. Yupp, google know basically knows everything kan. Ni pun time tulis benda alah ni pun kerja aku haaacum haaacum je.




Mungkin ni petanda yang saya harus stop here and proceed to katil terus.