• Home
  • Places
  • Contact
  • fangirling
  • lifestyle
l a d y ' s
  • food
  • travel
film/drama gila-gila remaja isi hati

Random Things..

Sunday, December 25, 2011
Fine!! Semua nak layan i-pad je sekarang. #jelly


I'm currently in Kuantan, Pahang. Macam mana boleh tercampak kat sini?? Ohh...panjang ceritanya. Maaf, saya malas nak ulas panjang-panjang. I'm staying at my sister's rumah sewa and i missed music bank again this week. Kecewa tak dapat tengok Choi Siwon jadi mc. Dah la hari tu time Choi Minho jadi mc kat music bank pun i barely made it. Sedih...

Nasib baiklah ada internet kat sini, dapat la menghilangkan rasa boring dengan layan Hana Kimi Jepun. Kalau kat rumah banyak sangat orang mengganggu. Sekarang ni dah nak habis dah pun. Actually saya dah tengok hana kimi taiwan version. Tapi dah ingat-ingat lupa la sebab tengok time form 2, tahun 2008. Dah lama kan... Time tu memang minat habis la dengan Wu Chun tu. Dia kan handsome. Yelahh, kejadah haram apa pulak la nak layan k-pop masa tu. Tak tau kewujudan dia lagi. Masih jiwa jiwang 'Sejarah Mungkin Berulang - New Boys' tuuu. 

**********

Khamis lepas result PMR keluar kann. Amacam.. okay?? Haha, bila cerita pasal result PMR mesti teringat cerita lawak antarabangsa sendiri. Bila fikir-fikir balik rasa macam bodoh pun ada. Entahlahh.. 
I'm sure all of you did great in pmr kan. Pilih la jurusan papepun.. kalau rajin, straight A's jugak spm nanti kan.


Boyfriend saya, first row orang yang kelima dari kanan. Scandal saya, errr.. ramai la pulak dalam gambar ni. O.o

Read more »
blog personal

It's been a while..

Monday, December 19, 2011
Hello & Assalammualaikum..

Wahh, lama jugak la tinggalkan dunia blog ni. Rasa macam baru semalam publish first entry, rupanya dah dua tahun dah. Lama tu...

I've learned a lot through blogging. Macam-macam info semasa yang takde dalam buletin utama ada je kat sini.

And... bukan senang nak publish a new entry. Tiap kali nak update blog, berkali-kali jugak la tulis-padam-tulis-padam sampai puas hati. Kena fikir dulu, tak boleh nak ikut sedap perut je. Kang tak pasal-pasal ada haters bila sesedap rasa aku kutuk korean idol korang.

Saya tetap sokong SHINee. ^_^
Dah dengar lagu baru EunHae?? Oppa oppa! Lagu tu dah stuck in my head. Ahhh, my favorite couple in superjunior. :)
Read more »
isi hati

Letih..

Wednesday, December 7, 2011


Sumpah rasa macam dah lama gila cuti. Tak tau la kenapa tapi rasa bosan semacam.
Nak tengok k-drama online, internet macam haram. 
Nak tengok tv, adik-adik jadi penggangu. 
Nak kacau orang, tak pasal-pasal kena maki. 
Saya dah blank gila kat rumah, nasib baik la dalam beberapa hari ni selalu keluar. Mungkin hanya keluar teman mama beli barang dapur kat Giant, tapi itu lebih baik dari terkebil-kebil tak tahu buat apa.

I'm tired. Letih. Penat. Sangat perlukan tidur yang tenang dan panjang. Beberapa hari ni i don't know why tak boleh tidur dengan tenang. Kalau tak de orang mengganggu, mesti mimpi yang pelik-pelik yang buat kita terkejut and terbangun tak boleh tidur terus. Argghh, frust tau tak!
Read more »
gila-gila remaja personal

Hello December!

Friday, December 2, 2011


It's DECEMBER baby!
My favorite month of the year. Time ni la tiap tahun ada cuti sekolah yang pannnjannggg. Lepas ni dah tak de dah.

SPM is finally over! Woohoo!! Mari kita enjoy sekarang selagi ada masa. Lepas ni bila dah sibuk, tak de la nak meratap nyesal tak manfaatkan semua free time yang ada dengan sebaiknya.

Bila cerita dengan my mum and my sis about the plan after spm, they laugh out loud. I mean,  they really laughing so damn hard sampai keluar air mata. Plan yang nak kerja tu la. Memang buat sakit hati sungguh. Nyesal pulak jawab question dengan serious bila dapat that kind of reaction. Dorang kata " Yeeelah tu. Tengok la nanti ya. Ada ke tidak kerjanya "  - kejam kann.

Esok, i'm going out with my girlfriends. Enjoying our most probably last time together before everyone get busy with their own life. Ohmygoshh.. lepas ni dah tak de bergosip kat kantin, ponteng sekolah/kelas beramai-ramai, copy homework orang, kena marah dengan cikgu, kena demerit ngan prefect. No more school life. Unless kau masuk form 6. Nak ke??

Birthday kami dah nak dekat. Agak-agak nak sambut kat mana tahun ni?? (✿◠‿◠)

Jom la ramai-ramai tengok Music Bank this week and next week. My darling Minho will be the special mc with..idontknowandidontevencare  =^.^=
Read more »
personal

Plan after SPM

Sunday, November 27, 2011
Sekarang ni tengah hujan lebat. Nak tengok tv pun dah tak boleh, so update belog kejap. (:

Nowadays, semua orang borak pasal plan after spm. Me?? My awesome MUM dari awal tahun dah buat plan untuk anak dia ni. Lepas je spm, her daughter wajib ambil lesen kereta. Lepas tu suka hati la nak amik kelas-kelas bahasa ke, computer ke.

Ingatnya ada masa cuti 2 or 3 bulan ni nak kerja. Nak kumpul duit belanja shopping or g concert kpop ^.^ Biasanya sumber kewangan 100% dari duit belanja sekolah hari-hari. Lepas ni mana ada sekolah lagi, pandai-pandai kau la nak cari kat mana. Kalau malas nak kerja, melangut kat rumah doplohpatjam online tidur tengok tv je la.

And benda paling nak buat lepas spm semua ni habis is catch up balik segala drama or variety show korea yang dah tertinggal. Cuti ni, nak tengok benda tu semua dengan tenang tanpa gangguan. Harap-harap sangat time tu internet lebih laju dari biasa. ◠‿◠

Hujan dah berhenti pun. Dah boleh sambung tengok tv balik. Ntah bila la nak sambung study balik. (:
Read more »
exam fangirling isi hati

Cepatnya masa berlalu...

Friday, November 25, 2011
His smile.. sangat comel!


Chemistry & Biology


Dua subject ni je lagi. Lepas tu.. I'm freeeee..

Agrhh, sekarang ni dah tak suka sangat tengok tv. Sebab benci tengok iklan MO.A Live in Malaysia. I want to go so badly. Lagi pun SPM dah habis time tu. Penat i ikat perut simpan duit segala bagai sebab nak g concert.

Tapi.. mama tak kasi. Dia kata "Hari tu kan adik dah jumpa dorang.". I know dia refer to Super Junior SS3. Tapi B1A4?? Miss A?? f(x)?? Bila merengek-rengek lagi, she mula la marah, "Asyik kpop-kpop-kpop je. G la baca buku. Nak SPM kan ni."
Read more »
exam personal

Selamat Hari Raya Aidiladha

Sunday, November 6, 2011
SELAMAT HARI RAYA!
Lepas ni dah tak selalu online lagi kot.
Less than 10 days! Oh no, what am i going to do??
Good luck for your exam!
Bye, have a nice holidays!
Arggghh, i'm damn nervous right now!
Read more »
fangirling gila-gila remaja sekolah

Tinggal seminggu..

Thursday, October 20, 2011
Annyeonghasayo! Ceteka ktorang sape?? Sape teka betul dapat adiah tau :)


Lepas dah tolak segala cuti yang ada, tinggal lagi seminggu je sekolah before SPM. Huaarrgggghhh... perasaan dah campur-baur macam rojak. Excited nak tinggalkan sekolah, no homework! tapi rasa sedih pisah ngan kawan. Papejela.

Hari ni khamis, maknanya esok friday. Friday, friday, friday!! rebecca black Ada music bank. This week special sikit sebab banyak artist bestt. SNSD (Girls Generation ) , Secret and Kim Hyung Jung buat comeback stage!!! Sumpah excited terlebih untuk esok. Tak sabar, tak sabar, tak sabar! K, sejak bila kau jadi die-hard-fans mereka semua ni?? =D

2011 dah nak habis, tapi hati still hope SHINee buat comeback within this year. Tak kesah la bulanduabelas pun, asalkan ada. I know they're doing really well in Japan, i'm happy for them. Tapi saya rindu nak dengar lagu baru dorang. Nak tau jugak pe lagi yang dorang nak try lepas ni. Nak tengok dorang kat variety show. Arrgghh, i just miss them. Bila nak datang sini, sayang???

..........

Esok kat sekolah de Hari Penyampaian Sijil aka Everybody's Day. If i datang esok, maknanya tu lah first and definitely last day attend everybody's day kat sekolah. Selama 5 tahun sekolah, each time everybody's day mesti je tak datang. Bangun lambat la, malas la, sakit la, ada je la alasan. Lagipun selama ni mana la pernah nak dapat sijil. Tahun ni je aktif sikit, tu yang dapat tu. Tema tahun ni.... errr, lupa la pulak. Nanti once i remember, i'll update.

Tadi de gerak gempur sejarah. The very last gerak gempur yang ada. Finally! Habis jugak gerak gempur. Lepas ni buat latihan, latihan, and latihan. Gerak gempur kat sekolah sumpah tak de langsung semangat nak buat. Tadi dapat soalan, baca then jawab pe yang tau je. Lepas tu?? Dah ada kat NEVERLAND. Yess, tidur!! Malas nak fikir betul-betul. Bila rasa macam dah lama gila tidur, bangun pandang jam. And masih ada 1hour30minutes before recess time. Dalam hati dah macam, 'gila la. aku rasa dah cukup lama tido siap mimpi segala bagai, baru sejam habis.'  Time tu dah mati kutu tak tau nak buat apa, jeling orang belah kiri dia tengah serius jawab paper. Orang belah kanan tengah tidur. Orang belakang pulak siap dah keluarkan buku chemistry. Hahaha. Will miss them very much bila dah habis sekolah nanti.




Cak!! Haa, kami infinite! Sapa teka betul?? Kiss sikit. Muuuaahhh (◕‿-)
P/S yang paling kanan tu saya punya ya.

Which one you prefer more?? SNSD The Boys Kor. or Eng. Version?? Or did you hate them??
Read more »
exam fangirling sekolah

Yeahhhh, PMR DAH HABIS !!

Tuesday, October 11, 2011
Oh yeah, oh yeah, oh yeah, oh yeah, oh yeah *mblaq*

MERDEKA!! Pas ni dah tak yah belajar dah. Datang sekolah pun buang masa je. Baik rehat tidur kat rumah, dapat tambah berat badan.
- budak form 3

 **********

Arrgghhh, UPSR and PMR are done. Final year exm pun dah selasai. Lepas tu, faham-faham jelah. Exam tu je yang belum lagi ni. SPM. Bila duduk dalam kelas pandai, pressure dia lagi la terasa. Everyone termasuklah cikgu dah start buat countdown. Baru nak borak sikit, "Eh belajar la. SPM tinggal lagi __ hari je ni. "

Kan best kalau boleh stay form 5 je without SPM. Belajar macam biasa and tak de pape exam penting. Tapi tulah... in the end kita kena face reality jugak. Tak kesah la macam mana susah nye kita elak, benda tu mesti datang jugak. Dengan apa cara sekalipun.

Makin dekat exam makin banyak pulak activity kat sekolah ni. Gerak gempur pun macam nak tak nak je buat.

**********

Hari ni jugak, lelaki yang super cute and talented sambut his birthday.

!@#$%^& asal comel sangat ni...



Henry , Ryewook , Heechul , Zhoumi.  Lalala~imissheechul!



Happy birthday, ma boy ! =D

October ni banyak pulak idol sambut birthday. Sabtu ni 15/10 birthday donghae pulak. K, sape yang sambut birthday hari ni, HAPPY BITHDAY TO AWAK! untungla birthday sama dengan laki comel. 6_6


Biar la nak exam pun, TV tak pernah tinggal. Sekarang ni POSEIDON air in KBSWORLD. Choi Siwon tuuuu. Kpop pun still layan lagi. Hari-hari layan lagu infinite ♥
Read more »
exam family isi hati personal

Hello October !

Sunday, October 2, 2011

Dah bulan 10. Lepas tu SPM. Then, sambut birthday. Tup-tup, celebrate tahun baru. Hebat betul! ⊙.☉

Hrmmm, semua orang dah tidur. Saya seorang je masih jaga, tak boleh tidur ngadap past year AddMath. Ada ciri-ciri murid cemerlang tak?? *-* Pening tengok all those formulae, stop kejap menghapdet blog.

Semalam, tetiba ada computer baru kat rumah. Of couse la sangat pelik. Jenuh la ingat salah masuk rumah. Then, baru teringat yang mama memang dah pernah janji nak beli computer untuk adik-adik yang suka berebut laptop nak main games. Arggghh, kids nowadays. I'm really jealous. Kecik-kecik dah pandai main computer games. Aku dulu tau main nyorok-nyorok je.

Time mama balik, dia dah kata, "komputer baru ni untuk Fara and Amsyar guna. lepas ni takyah nak gaduh-gaduh lagi tau." Senang je dorang tu. Hari ni kemain ngadap computer baru dorang tu puas-puas. Tapi, bebudak ni asal tersalah tekan sikit sibuk terjerit-jerit tarik orang depan komputer tanya macam mana nak betulkan. Hidup pun jadi kurang tenang. Haiissshhh..

. . . . . . . . . .
Dear brain,
I'm so sorry for forcing you too much lately. Please, just bear with me for a moment. Fikir benda penting-penting je. Yang lain letak tepi dulu, boleh??

Dear heart,
Please make it easy for me. I know you had suffered a lot. Just be a good listener. Jangan jadi busuk, ok??
. . . . . . . . . . .

Best wishes for all PMR candidates. Dua hari ni, just rest well and relax. Tak payah nak stress melampau. Insyaallah, boleh jawab punya. Cuak sikit-skit tu normal la. Alaaa, pmr tak la susah mana.(ifyoustudyleklok) ≧◡≦
Read more »
exam

Gerak Gempur :)

Thursday, September 29, 2011

Esok dah start gerak gempur , mula dengan BM. Bila gerak gempur dah start tanda SPM nak dekat la tu. Sekarang ni semua sibuk dengan trials result. "Kau dapat berapa A??" "Add Math lulus tak??" My result?? Alhamdulillah, semua lulus. ^o^

Semua orang dah start cakap nak buat apa lepas SPM. Nak apply sini la, sana la. Saya diam je. SPM pun belum lagi. Buat one by one, tak yah nak kecoh-kecoh sudah. 
Read more »
film/drama

The Smurfs

Sunday, September 25, 2011
La la la la la la la la la la la ~ La la la la la la la la la la la ~


Yay, i've watched the smurfs twice! Yup, in 3D and normal screen. Akhirnya merasa jugak tengok wayang 3D ni. It was smurfly great! Lepas keluar je dari cinema , semua bajet guna word smurfs dalam setiap ayat.

Sinopsis :
The Smurfs get ready for the Blue Moon Festival. In his home, Papa Smurf sees a vision of the Smurfs in cages, Clumsy Smurf holding a dragon wand, and Gargamel being powerful. He refuses to allow Clumsy to pick Smurf Roots, but Clumsy disobeys Papa Smurf and does it anyway. However, Gargamel and Azrael see him and follow him into the village. The Smurfs all flee, and Clumsy runs into a forbidden cave. Papa Smurf, Smurfette, Grouchy, Brainy and Gutsy notice this and hurry after him. They find him at the edge of a cliff, and while trying to help him up, they are sucked into a gigantic vortex, leading to New York City. Patrick and Grace, a married and expectant couple and their Basset hound Elway, befriend them and allow them to stay in their apartment.
source : wiki 

Binatang biru ni sangat comel and bijak. Rasa nak cubit-cubit je pipi dorang. Kalau nak kenal-kenal ngan smurfs ni bolehla check out their site - http://www.smurfhappens.com/ .Macam-macam ada kat situ. Siap boleh main games lagi.

And my favorite smurfs is Brainy. Dia yang paling comel , pandai , penakut. Paling penting dia seorang rapper yang awesome! :DD
Read more »
fangirling gila-gila remaja

Hello,

Tuesday, September 20, 2011

Bila hujan-hujan macam sekarang memang syoknya tidur. What am i doing here?? Saya rindu blogging ^_^

Akhirnya, trials dah selasai. What next?? Dapat result, gerak gempur, study, ulangkaji, and SPM. Woohooo! Tak sangka yang tinggal dua bulan je nak sekolah. Lepas tu dah bukan budak sekolah lagi.

Dah tiga minggu duduk dalam dewan jawab exam. Tadi masuk kelas, jumpa kengkawan, beborak dengan senang hati - rasa semacam je. Rindu suasana dalam kelas. Bergosip tak pandang kiri kanan. Hrmmmm, sekejap je lagi sekolah nak habis. Cepatnya!!


Dah dengar A-cha by Super Junior???  Best kan.. best kan.. best kan!! Ok, aku sorang je yang terlebih excited. It doesn't sound like a super junior song though.  I mean, super junior jarang or maybe memang tak pernah langsung bawak lagu rock as their tittle song. Bising and banyak jerit-jerit. Tak dengar lagi?? Takpe, dengar lagu Ooopss!! - Super Junior ft (fx) . Suka lagu ni. Beat dia ala-ala cheer's song sikit. Best dengar leeteuk, shindong , eunhyuk, donghae , heechul rap. (✿◠‿◠)
 This week maybe boleh dapat result for half of the subjects. Habislah...
Read more »
exam gila-gila remaja sekolah

Satu je lagi :D

Thursday, September 15, 2011
Hey, meet my new scandal :DD


Yayyy!! Esok cuti. Hari ni dapat la online puas-puas. Wuaaahhahahahah #evillaugh

Next week tinggal paper Physics. Alhamdulillah, trials almost done. This week tense betul. Semua subject elective yang punya lah susah tahap tak ingat /kalautakstudybetulbetul/. Memang tak dapat nak online dengan tenang. Tapi tidur tetap wajib, tak boleh diganggu. Saya sendiri pelik dengan orang yang tak tidur or kurang tidur time exam ni. Tak tidur sebab study ya. Bukan sebab tengok online korean drama or variety show. Dah sah-sah tidur lambat tu langsung tak membantu. Menyusahkan lagi adalah. Karang semua yang kita study tengah malam buta tu sia-sia sebab tertidur dalam exam hall. Kita jugak yang frust sendiri.

Next week masa untuk release tension! Super Junior nak buat comeback dengan Repackage Album ~ A-cha. Sukasukasukasukasukasuka!!!
Read more »
exam personal

Selamat Hari Raya :)

Sunday, September 4, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MOHON MAAF ZAHIR & BATIN


Akhirnya, ada jugak masa nak update blog. Maaf la lambat nak ucap salam aidilfitri. But it's not too late, isn't it?? Hope you guys had a great raya with families and friends.

To SPM candidates, good luck with your TRIALS. Harap semua usaha yang kita buat paid off. :)



Read more »
fangirling

Super Junior - Superman

Saturday, August 27, 2011
Lepas buka, online twitter kejap. Pandang trending topic, ada #MrSimple7thWin . Ok, tu dah biasa..tiap kali menang music program mesti ada punya. Even tak menang pun ada je la hashtag pasal super junior ni. Pandang bawah sikit ada SUPERMAN MV. I was like 'what?? suju buat video for superman?'. Dah start tersengih-sengih tekan that link.





Excited gila sampai tak henti tersengih sesorang depan laptop sambil tunggu video loading.


Haha, comel je MV dia. Macam fanmade video pun ada. Sesuai la dengan concept dorang, simple je. Banyak guna clip SS3 and making of Mr. Simple. To be honest, i was hoping for more. Maybe a drama-like MV. Macam dah jadi identity pulak, a super junior mv hanya ada muka and orang menari. Tak kurang tak lebih.
Read more »
gila-gila remaja sekolah

Hari-hari terakhir sebelum cuti raya.

Thursday, August 25, 2011
Dah lama tak cerita pasal aktiviti seharian. (:

********

Semalam,  ada sambutan hari kemerdekaan but i was not there. Sedihhhh. Kecewaaaa. Tengok gambar kat facebook boleh menyebabkan hati tambah parah. /padanmukesapesurohtakdatang/


Hari ni pulak time chemistry buat experiment. LAST Expt. - soap. Yup, buat sabun. Sabun yang pelik, berminyak, tak wangi tapi memang macam sabun. ^-^   Then, ada Majlis Khatam Al-Quran. Tiap kelas kena sediakan bunga telur untuk pertandingan bunga telur. Saya pilih black and white tapi tak menang pun. Untuk menang kena ada pakej bunga telur lengkap dengan pulut kuning, alas pahar, daun apentahtakingat. Menang nipis la harapan nak menang.


Esok belajar macam biasa tapi balik awal. Pukul 12 dah dismiss sebab semua nak siap-siap balik kampung. Last period kena susun meja exam dalam dewan. Entahlah, tengok lah esok. Macam ramai je nak datang sekolah.

********


Ramadhan dah nak habis. Syawal hampir tiba. Kena mula serious dah tak boleh main-main.
Read more »
exam

Lagi dua minggu

Sunday, August 21, 2011

Cer teka.. cer teka?? Ada apa dengan lagi dua minggu???


Huh?? Raya??? #kecewa

Actually lagi dua minggu ada SPM Trial. Bukak cuti raya terus duduk dalam dewan jawab exam. Oh really great, isn't it??

Heechul was like 'kau pahal???' (:


Orang kata what goes around comes around. Really????
Read more »
isi hati personal

Forgive and Forget

Thursday, August 11, 2011
Forgiving and forgetting is cool.


Tapi kadang-kadang kita memang boleh forgive, but forget?? Memang susah.

Manusia, mana ada yang tak pernah buat salah. Bezanya salah besar or kecik je. Kita kalau dah sedar diri tu buat salah, cepat-cepat mintak maaf. Harapkan orang tu maafkan kita dengan seikhlas hati. Tapi bila orang tu yang buat salah kat kita, rasa berat hati je nak maafkan.

Manusia, selalu sangat nampak salah orang sebelum diri sendiri.

Kadang-kadang geram jugak bila tengok orang yang tak dapat nak terima pandangan orang lain. Ingat diri selalu betul, orang lain selalu salah. Awak, yang namanya manusia tu mana ada betul je sentiasa doplohempatjam. Tak kata jugak yang pendapat orang tu selalu betul. Kalau asyik ambil pendapat orang sampai ignore pendapat sendiri, tak de pendirian namanya. Kena la selalu apply the 'Give and Take' method.

Bila dah selalu guna that method in daily life mesti salah faham jarang berlaku. Jadi kurang sikit guna term forgive and forget yang konon susah sangat tu.

Forgetting isn't that hard when you open your heart sincerely. (:


Read more »
fangirling sekolah

Love it !

Monday, August 8, 2011
Ahh, hari ni dah isnin. Cepat je masa lalu. It's been a week now. Tinggal lagi 3 weeks, raya, then TRIAL exam.

SPM kurang dari 100 hari, then i'm free. Kena survive lebih kurang 3 bulan je lagi. Lalalala, tak sabar betul nak habis sekolah. Tapi sejak dua menjak ni concentration sedikit terganggu dengan Super Junior. Masa-masa hampir kritikal ni jugak mereka nak buat comeback.






But i'm happy. Rindu dorang kot. Dah setahun dengar bonamana je. I bet elf semua dah hafal lagu Mr. Simple ni siap dengan tarian dia sekali. Siapa yang belum dengar, g la dengar. Best giler, DAEBAK!! Apa?? Tak suka suju?? Tak minat kpop?? Awak lah yang rugi. (:




Hey, kenapa makin hari awak makin hot??? ^-^

Sekarang nak habiskan drama Sungkyunkwan Scandal. Lepas tu mungkin City Hunter. Ikut mood.

Read more »
personal

Ramadhan

Wednesday, August 3, 2011
Assalamualaikum. Hello.

SELAMAT BERPUASA !

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ketiga puasa. Sapa yang dah tinggal puasa??? Haaa, ngaku cepat!

Sambil tunggu mama balik dari Bazaar Ramadhan, ambil peluang mengonlinekan diri. Sekarang ni dah payah sikit nak online. Kena tengok jam, masa and waktu. Dah tak boleh suka hati perut limpa je nak online bila-bila masa yang ko nak. Yelah kan, orang nak exam lagi sebulan so kena la act like one.

Ramadhan, bulan yang mulia ni kena banyakkan kebaikkan. Harap kita semua peroleh keberkatan dalam menyempurnakan ibadah puasa ni. Bak kata ustazah kat sekolah, "Bukan study je kita nak dapat A+ , puasa pun kena dapat A+ . Kena balance dunia akhirat. Tak nak la dapat B or C ."
Read more »
isi hati sekolah

WOWOW

Wednesday, July 27, 2011
Sambil tengok Immortal Song, update blog kejap. ^-^

July dah nak habis. Puasa makin dekat. Alhamdulillah, qada' puasa semua dah selesai. SPM around the corner je. Preparation???? Rasanya baru 1/4. Takut, sangat takut. Sape yang tak nak dapat result cemerlang kannn.

Last friday, ada Solat Hajat and Khemah Ibadat untuk murid PMR & SPM. Lepas da berusaha, kenalah mintak redha Allah kan. Barulah berkat segala yang kita buat dunia akhirat. Even just for 2 days, I really learned a lot.

Minggu ni minggu terakhir kokurikulum. Semua kelab/persatuan nak buat jamuan akhir. Lepas puasa, automatic dah masuk exam mode. Dah tak fikir benda lain lagi dah. So, this week je la tinggal untuk buat makan-makan. Actually, tak sedar langsung rupanya dah almost 7 month bergelar kakak form 5. Lagi 5 bulan, dah bukan murid sekolah lagi. Awesome betul!!

 Ok, Hyorin menang this week. :DD
Read more »
blog

Contest Link Blog Saya Unik

Thursday, July 21, 2011
 
First of all, thanks to Alyn sebab tag this contest to me. Maaf ya, baru sekarang sempat reply your tag. Maklumlah, orang busy. Errrhemmmmm *tetiba sakit tekak

 

Syarat Penyertaan :

Ada kat sini , baca sendri.

tarikh tutup: 29 AUGUST 2011

hadiah pertama: Top up RM30
hadiah kedua: Top up RM20



Link blog ni memang la tak gempak mana. Masih di paras normal rasanya. Haa, nisa tu dah terang-terang la my name. Then, i combine with nonsense sebab blog ni basically tempat saya write benda nonsense tak penting. Kononnya, tempat mengarut segala cerita biar bagi gempak semacam. So, sudah terang lagi nyata yang this blog is all about me and my nonsense mind along with k-pop. *k-pop nak jugak entefrem
Read more »
film/drama gila-gila remaja

Yes, i've watched Harry Potter Part 2!

Saturday, July 16, 2011
Ok, tajuk dah tunjuk betapa gembiranya hati ini.


Actually I'm not that into Harry Potter. Saja je nak kepoh-kepoh buat orang yang tak tengok lagi jealous. Do you want any spoiler??? In next entry la ya, hari ni saya penat + malas.




I just want to drop by and say hai to my new followers. Terima kasih banyak-banyak.
Read more »
fangirling gila-gila remaja

Sabar sabar sabar sabar...

Monday, July 11, 2011
Assalamualaikum , annyeong !

Baru dapat tahu yang akan ada SHINee World Concert Live in Singapore , 10 September nanti. Bila SHINee ni nak datang Malaysia. Asyik singgah jiran tetangga sebelah je. Geram tau tak.

Saya mau jumpa awak - awak - awak - awak & awak.

Oh, and result PLKN dah keluar. But i'm still don't know whether i got it or not. The website server is down, maybe due to the excessive number of people yang lahir tahun 1994 excited nak berkhidmat untuk negara. Lepas dah berpuluh-puluh kali refresh benda yang sama, saya give up. I don't care anymore if i dapat ke tak. Dapat, syukur. Tak dapat, lagi la bersyukur.


Saya juga share di sini yang saya sudah tertarik dengan

Yupp, B1A4. Nak-nak lagi yang pakai topi tu. Alaaa, yang B tu.

Lagu B1A4 - Only learn bad things tu dah berpuluh-puluh kali direplay. Suka jugak dengan Boyfriend and Block B. So far, tu je the only rookie group that caught my attention.  ┐('⌣'┐)(┌'⌣')┌
Read more »
fangirling sekolah

Because of you you you you...

Monday, July 4, 2011


Wahh, dah lama blogwalking, jadi stalker tak bertauliah. Banyak yang dah tertinggal ni. ^_^


Dah bulan 7, peruntukan masa untuk main-main buang masa facebook-ing and blogging makin berkurang. Kasi lebih sikit untuk otak berkerja overtime.


Tapi tapi tapi tapi tapi TAPI.....

NAK PERGI MTV WORLD STAGE!

Kenapa mesti BEAST???? Argghh..........





Asal awak makin lama makin comel ek??

Sejak tengok gambar junghyung dengan hara yang nampak sungguh sweet berdua, terus terfallinlove dengan Mr.Yong ni.
Read more »
isi hati

nasib murid kelas peperiksaan

Tuesday, June 28, 2011
Saya sibuk,

Sekarang dah akhir bulan enam,

Exam makin dekat,

Homework makin banyak,

Buat revision tak habis-habis,

Pressure from cikgu and parents makin terasa,

Ada masa, rasa macam dah tak tahan.
Read more »
film/drama

Nora Elena

Saturday, June 18, 2011
Ramai sebenarnya yang dah terkena demam nora elena ni. Lagi ramai jatuh cinta ngan watak Seth Tan yang hopeless romantic tu. I am one of those people.



At first my lovely sister yang kenalkan cerita ni dulu. Then dapat tahu yang cite ni adaptasi dari sebuah novel, lagi la excited nak tengok. Sampaikan sibuk cari novel Kasih Yang Suci tu kat setiap kedai buku yang ada.

Tapi lepas baca novel tu, everything jadi lain sangat. Saya tak suka Seth Tan dalam novel tu dan saya tak bayangkan watak nora tu macam kat dalam tv. Tak caya?? Baca la that novel yourself. Don't just simply read, hayati. Then boleh la kita kaji sama-sama. Ala-ala belajar komsas gitu. ^_^

Lagi satu, novel tu agak kelakar sebab kat sinopsis belakang buku dia dah bagitahu the ending.

 ' Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti. '

Yeaayyy, happy ending!!!
Read more »
personal

bila sekolah reopen after long holiday..

Sunday, June 12, 2011

  • Semua orang tak henti bercakap. Basically , first sentence dia mesti "eh, kau nak tau tak...." or "let me tell you something..." or "hot story!!...hot story!!..." Gosip. Nak-nak lagi bila sekolah all girls

  • Perhimpuan pagi yang super lama. Semua tayang muka bosan. Bila time nak ucap terima kasih , muka terus bertenaga balik.

  • Soalan wajib : "holiday homework dah siap????" and "nak pinjam buku, boleh????" atau kalau nak lagi hebat "nak tiru jawapan ko, boleh????"

  • Bila jumpa kawan yang got a new haircut ,  automatic pasang muka terkejut and said "Oh myy goshhh , you look different!!" ataupun terus terkeluar "Hahaha, buruk gila rambut baru hang. Potong sendiri ke hape."
Read more »
isi hati

dah seminggu rupanya.

Saturday, June 4, 2011


Saya tak boleh tidur . Bila bosan then blogwalking then edit blog then post new entry . ^_^
 
Time does fly so damn fast these days kan . Tak rasa pun dah habiskan masa melepak kat rumah selama seminggu . Kurang dari 10 hari lagi dah kena datang sekolah balik .

Cuti sekolah kali ni tak g berjalan memana pun . Masing-masing sibuk dengan kerja tapi sedikit terseksa duduk kat rumah . Siaran TV tak ada yang menarik langsung. Paling tiap hari isnin hingga khamis pukul 1900 berebut remote nak tukar TV3 tengok Nora Elena. Masa lain??? Banyak cerita indonesia je. Don't get me wrong , sometimes i do layan the drama tapi tu pun sebab mama and adik insist nak tengok.

Sekarang ni saya lebih suka blogwalking , jalan-jalan tengok blog orang lain tapi bila nak update blog sendiri jari tu rasa berat semacam. I do know why , maybe a disease called laziness ?? hrrmmmmmm....
Read more »
blog

Contest Blink Blink

Thursday, June 2, 2011
Hello my dear readers!

Tengah berblogwalking dengan gembira bila this contest caught my attention. So without any hesitation, here i am, joining contest for the first time.




Hadiah dia mystery tau and contest ni berkenaan contest blog paling cantik, kemas and sedap mata memandang.

Blog dua orang ni, Hanan and Ainaa sangat comel. I'm jealous sebab tak reti decorate blog macam dorang ni.

Tag : Qistina Shaberi
Read more »
fangirling

yay, cuti-cuti-cuti!

Monday, May 30, 2011
Happy! Bangun pagi tengok atas meja ada laptop. Pelik, sebab dah beberapa minggu ni ayah guna bawak g tempat kerja. Jadi dapat online waktu malam je and bila dah malam mula la rasa malas sangat-sangat nak update blog. Kesian, blog kena neglect sampai dapat lappy baru.

Hari ni, bila laptop de kat depan mata, manfaatkan sepenuhnya.


"Awak dah berjaya buat saya geram sangat-sangat kat awak masa kat putrajaya hari sabtu tu."



Papepun, I really had a great time seeing SUPER JUNIOR M. They're like in front of me. Biar la panas, biar la lama berdiri, biar la tengok dari jauh, biar la tak dapat peluk mereka, biar la donghae and siwon tak ada. Saya tak kisah langsung.
28May2011, such a great day despite all the uncomfortable things that happened before the concert.
Read more »
fangirling gila-gila remaja sekolah

i'm happy!

Tuesday, May 24, 2011
It's raining heavily outside, baru ingat balik awal nak tengok Boys Over Flower kat kbsworld. Drama yang menyebabkan saya pay attention to korean music a.k.a k-pop world. Now, memang geram dengan astro.




but, i'm now in a happy mood.

  • FINALLY. Diagnostic exam is officially done for pure science student, yesterday!


  • Lagi tiga hari cuti pertengahan tahun start!


Ok, dua point je. Tak boleh banyak-banyak. Kang ada yang lupa diri tak ingat yang SPM dah makin dekat.

And and and FT Island RETURN. hello hello

Read more »
exam isi hati

next week..

Wednesday, May 18, 2011
Last paper, physics paper 3 is on Monday.

Sangat tak sabar nak habiskan diagnostic exam ni. Penat, sakit kepala, semua ada. Mungkin result akan menurun. Now, usaha kena double or triple. Kalau tak, tau-tau je la.

Harap semua will always be fine. Dah tak sabar nak tunggu next week.
Read more »
fangirling gila-gila remaja

BEAST Showcase Live In Malaysia 2011 ??? -_-'

Saturday, May 14, 2011
SOOO BEAST!!!!!




Perhatian kepada semua peminat K-Pop tanahair! Satu lagi kumpulan yang berasal dari Korea akan datang dan akan menemui anda di sini tidak lama lagi. Peminat-peminat Korean Pop sekalian kini pastinya semakin teruja dengan berita sah mengenai kedatangan kumpulan gergasi dari Korea ini, siapa lagi kalau bukan kumpulan BEAST. Kumpulan jejaka tampan dari Korea ini akan mengadakan BEAST Showcase Live In Malaysia 2011 tidak lama lagi.

Penyanyi lelaki berkumpulan dari Korea ini akan menemui peminat dan penggemar muziknya pada 1 Julai 2011 ini bertempat di Sunway Lagoon pada jam 8.30 malam. Jadi kepada anda yang sudah pun mengetahui berita menggembirakan ini, pastiya akan lebih teruja untuk membeli tiket bagi menyaksikan sendiri persembahan mereka bukan?

Anda boleh mendapatkan tiket-tiket dengan harga yang istimewa, dengan harga RM500 VVIP, RM 388 VIP, RM288 PS1 dan RM188 Rock Zone. Kesemua harga tiket ini akan dicaj dengan RM3 sebagai yuran pengendalian. Bilakah anda boleh mendapatkan tiket-tiket ini? Kaunter tiket akan dibuka pada minggu hadapan iaitu pada 14 May<--it's today! akan datang, dan pihak penganjur juga akan mengumumkan siapakan rakan media yang akan menjadi tulang belakang bagi rangkain promosi yang akan dijalankan bagi Konsert BEAST Showcase Live In Malaysia 2011 ini.

sumber : era.fm



APAKAH MAKSUD DI SEBALIK INI SEMUA?????????????????




Sedih. Mungkin tak kan dapat pergi. Duit dah tak de. SPM tambah dekat. T_T


Masuk yang ni dah tiga kali beast datang. First time tu takpelah. Second time dah geram. Third?? Kecewa. Mommy, saya nak pergi! Ottoke??



"Sayang, datang balik lepas SPM k. At that time, confirm i datang jumpa you. Kalau susah sangat, i fly to Seoul terus. Kbye, ilikeyouthebest."
Read more »
exam gila-gila remaja isi hati

Memang dah tak sabar sangat nak habiskan exam ni.

Hello, assalamualaikum. :)



Akhirnya datang juga kerajinan nak update. Ingat nak update semalam tapi tetiba tak boleh. Kecewa sebab semalam tu dah semangat sangat nak update blog, nak cite pasal paper biology yang boleh sebabkan seseorang mati kena heart attack.

First week of exam dah selesai. Semua subject teras + biology paper1&2 dah selesai. Sekarang tinggal nak berjuang untuk subject elektif yang sangat menakutkan tu je. Harap sangatsangatsangat paper lain senang tak macam paper bio tu.

I really don't know a single thing waktu jawab paper 2. Time tu memang rasa nak drop bio je. Tak nak amik paper bio for SPM. Tapi bila fikir balik, macam buang masa pulak dah belajar biology hampir 1tahunsetengah, lepas tu give up macam tu je. Macam tak patut je.

Exam buat saya rasa masa berlalu dengan sangat pantas. Tetiba je dah hari jumaat. Dah la last paper waktu minggu terakhir before cuti. Lepas exam, sekolah beberapa hari then cuti 2 minggu. Huaahhahaha<--gelakjahat.

Dah la minggu ni cuaca panas melampau. Bangun pagi badan melekit-lekit berpeluh. Nasib baik mama dah beli aircond hari khamis hari tu. Kini, masa tidur terasa lebih indah dan nyaman. Ada macam iklan libresse tak?? Ke macam iklan huggies??  :DDD
Read more »
exam sekolah

07May - 25May

Thursday, May 5, 2011
Peperiksaan diagnostik 2011.

First paper, sejarah. Last paper fizik.

Good luck untuk semua yang nak ambil exam dalam masa terdekat ni. Tu je nak cakap. Kbye, kena study nak dapat A+.
Read more »
gila-gila remaja isi hati sekolah

sedih and kecewa

Sunday, May 1, 2011

Ok, tajuk tu mungkin agak hiperbola.

Hari sukan dah habis, exam menanti minggu depan. Menang??? yeahh, XAVIER conquer all. hahaha. Sabar, kita kena mulakan dengan berita gembira tahap tinggi betul ni dulu.


Just terasa sikit bila tadi singgah kat tempat kerja ma. Semua orang pandang and said "eh, betul ke ni _____? Kenapa parah sangat muka?? Asal muka hitam?? Gelapnya. What happen to you?? bla..bla..bla.. " I was like sorokkan-muka-sedih-dengan-senyum-lebar-lebar.

Lepas ni akan try sehabis baik avoid cahaya matahari. Jadi puteri lilin untuk beberapa bulan.

Dah la penat, muka hitam and kalah. Memang kecewa. Mungkin bukan rezeki, tapi tetap tak puas hati.

Haishhh, sape tau tips mencerahkan kulit dengan tempoh yang singkat?? Sila la kongsi. Jangan kedekut ya.
Read more »
gila-gila remaja isi hati sekolah

akhirnya,

Friday, April 29, 2011
Esok dah hari sukan sekolah. Hari ni balik awal, rehatkan badan biar tak pengsan waktu tengah kawad.

Minggu depan dah takde kawad, sukan semua ni. Kena fokus untuk exam pulak. Dah tak kena berjemur kat tengah panas, sunburn segala.

STUDY , STUDY , STUDY.
*apapun yang terjadi, akademik tetap no.1  - masyarakat


Super Junior-M  nak datang Malaysia. kyaaaaaa! Awesome betul.  
Read more »
isi hati sekolah

ujian akan datang

Wednesday, April 27, 2011
Hari sabtu ni hari sukan sekolah dekat Stadium Bola Sepak Cheras. Semalam raptai penuh kat sekolah. Hari ni raptai dekat stadium. Letih tahap tinggi betul. Sekejap hujan, lepas tu panas terik.

Dah dua hari tak masuk kelas langsung. Minggu ni lepas rehat memang ada latihan kawad hari-hari, terpaksa tinggal kelas. Sangat risau. Saya bukan budak pandai sangat. Kalau nak master 1 chapter pun kena ambil masa beberapa minggu. Kelas tuition pun tak ambil.

Next saturday, exam dah mula. Saja je buat exam hari sabtu biar budak datang sekolah. Study satu hape pun belum start lagi. Memang kalau nak A+, kena buat inisiatif sendiri. Kena buang jauh-jauh sikap malas, tanam and pupuk banyak-banyak sifat rajin.
Read more »
isi hati

telefon bimbit

Sunday, April 24, 2011
Sekarang tengah sedih. Tak tau salah dekat mana, my lovely phone dah tak boleh on balik. Masuk kali ni, dah tiga kali phone tu buat hal.

Memang lah phone is not very important device for me, tapi ada masanya benda tu jugak lah yang dicari. Walaupun dalam sebulan, dua tiga kali je dia berdering.

Now, tengah cuak jadi jalan macam mana nak bagitau ma. Confirm dia bising and suruh tukar phone. Tu yang lemah sangat, phone tu banyak betul kenangan.


Sony Ericsson W910i. Phone ni ma belikan as a birthday present tahun 2007. At that time, model ni kira yang paling baru la. Penat merayu merengek, dapat jugak. Phone ni pulak jenis yang manja and perlu jadi elok-elok macam permata paling berharga. Dah namanya manusia, confirm ada terjatuh, terhempas sikit. Akhirnya....... BYE BYE





Sekarang ni dah tak de telefon bimbit. I can't do anything about that. Nak beli baru, tak mampu.
Read more »
personal

hai,



Hari jumaat, cuti good friday.
Pergi pesta buku, beli novel baru.
Tapi..
Novel lama pun masih ada beberapa buah yang belum habis baca lagi.
Jadi sekarang ma bising tengok anaknya asyik dengan novel ntahpape.
Mungkin dia berharap anaknya kemana-mana dengan buku physics. =_='

i'm sorry,
blog masih dalam proses peng-edit-an ,
jadi kalau keluar benda-benda pelik harap maklum jelah.
Read more »
fangirling personal

Soorrryy..

Monday, April 18, 2011
Blog terabai.


I've been buzy lately.


Nak update, tapi tak de idea.


Otak and badan letih, tak boleh bagi idea bernas.





Jadi, layan gambar je la ek..


 






  












 
Read more »
Previous page Next page
Subscribe to: Posts (Atom)

About Me

About Me
Nisa

Hope you can find something useful here.

For anything, ldynisa09@gmail.com

Popular Posts

  • Budget Bajet Trip to Krabi, Thailand Day 3.5
  • Budget Bajet Trip to Krabi, Thailand Day 3
  • Checked Off My 2017 Bucket List
  • Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa

Newsletter

Receive all posts on your email.

Archives

  •  2022 (2)
    •  August 2022 (1)
    •  February 2022 (1)
  •  2021 (1)
    •  February 2021 (1)
  •  2020 (1)
    •  April 2020 (1)
  •  2019 (3)
    •  August 2019 (1)
    •  July 2019 (1)
    •  April 2019 (1)
  •  2018 (10)
    •  December 2018 (1)
    •  October 2018 (1)
    •  September 2018 (1)
    •  August 2018 (1)
    •  June 2018 (1)
    •  April 2018 (1)
    •  March 2018 (3)
    •  February 2018 (1)
  •  2017 (18)
    •  December 2017 (2)
    •  October 2017 (1)
    •  September 2017 (2)
    •  July 2017 (1)
    •  June 2017 (2)
    •  May 2017 (1)
    •  April 2017 (1)
    •  March 2017 (3)
    •  February 2017 (2)
    •  January 2017 (3)
  •  2016 (47)
    •  December 2016 (5)
    •  November 2016 (6)
    •  October 2016 (3)
    •  September 2016 (3)
    •  August 2016 (2)
    •  July 2016 (5)
    •  June 2016 (8)
    •  May 2016 (9)
    •  April 2016 (1)
    •  March 2016 (1)
    •  February 2016 (1)
    •  January 2016 (3)
  •  2015 (8)
    •  December 2015 (1)
    •  July 2015 (1)
    •  June 2015 (1)
    •  April 2015 (3)
    •  February 2015 (1)
    •  January 2015 (1)
  •  2014 (17)
    •  December 2014 (1)
    •  November 2014 (2)
    •  October 2014 (1)
    •  August 2014 (1)
    •  May 2014 (2)
    •  April 2014 (4)
    •  March 2014 (1)
    •  February 2014 (2)
    •  January 2014 (3)
  •  2013 (49)
    •  November 2013 (2)
    •  October 2013 (2)
    •  September 2013 (2)
    •  August 2013 (2)
    •  July 2013 (5)
    •  June 2013 (2)
    •  May 2013 (5)
    •  April 2013 (6)
    •  March 2013 (5)
    •  February 2013 (8)
    •  January 2013 (10)
  •  2012 (74)
    •  December 2012 (6)
    •  November 2012 (5)
    •  October 2012 (8)
    •  September 2012 (8)
    •  August 2012 (5)
    •  July 2012 (3)
    •  June 2012 (6)
    •  May 2012 (5)
    •  April 2012 (7)
    •  March 2012 (8)
    •  February 2012 (5)
    •  January 2012 (8)
  •  2011 (66)
    •  December 2011 (4)
      • Random Things..
      • It's been a while..
      • Letih..
      • Hello December!
    •  November 2011 (3)
      • Plan after SPM
      • Cepatnya masa berlalu...
      • Selamat Hari Raya Aidiladha
    •  October 2011 (3)
      • Tinggal seminggu..
      • Yeahhhh, PMR DAH HABIS !!
      • Hello October !
    •  September 2011 (5)
      • Gerak Gempur :)
      • The Smurfs
      • Hello,
      • Satu je lagi :D
      • Selamat Hari Raya :)
    •  August 2011 (6)
      • Super Junior - Superman
      • Hari-hari terakhir sebelum cuti raya.
      • Lagi dua minggu
      • Forgive and Forget
      • Love it !
      • Ramadhan
    •  July 2011 (5)
      • WOWOW
      • Contest Link Blog Saya Unik
      • Yes, i've watched Harry Potter Part 2!
      • Sabar sabar sabar sabar...
      • Because of you you you you...
    •  June 2011 (5)
      • nasib murid kelas peperiksaan
      • Nora Elena
      • bila sekolah reopen after long holiday..
      • dah seminggu rupanya.
      • Contest Blink Blink
    •  May 2011 (7)
      • yay, cuti-cuti-cuti!
      • i'm happy!
      • next week..
      • BEAST Showcase Live In Malaysia 2011 ??? -_-'
      • Memang dah tak sabar sangat nak habiskan exam ni.
      • 07May - 25May
      • sedih and kecewa
    •  April 2011 (9)
      • akhirnya,
      • ujian akan datang
      • telefon bimbit
      • hai,
      • Soorrryy..
    •  March 2011 (10)
    •  February 2011 (6)
    •  January 2011 (3)
  •  2010 (83)
    •  December 2010 (6)
    •  November 2010 (4)
    •  October 2010 (5)
    •  September 2010 (2)
    •  August 2010 (6)
    •  July 2010 (6)
    •  June 2010 (6)
    •  May 2010 (10)
    •  April 2010 (11)
    •  March 2010 (11)
    •  February 2010 (8)
    •  January 2010 (8)
  •  2009 (1)
    •  December 2009 (1)

Ads

@ldynisa

No matter where you are and what you look like. Create your own style. Let it be unique for yourself and yet identifiable for others. So show yourself more and just be you ♥


Featured Post

Kansai Trip 2017 Itinerary and Budget

Assalamualaikum, hi! Lama sangat dah perap akhirnya jumpa juga kerajinan untuk share kat sini. Yang ini macam summary budget and itin...

NEWSLETTER

Receive all posts on your email.

© l a d y ' s •